Saturday, July 19, 2008

Sempatkah DSAI memerintah pada 16 september?

Melihat pada kerancakkan politik semasa yang di mainkan oleh PR terutama penasihat Parti keADILan Rakyat (PKR) Dato Seri Anwar Ibrahim, yang begitu kuat mengatakan bahawa beliau akan menjadi PM malaysia yang ke-6 menggantikan Pak Lah pada 16 september 2008, akan tetapi jika melihat dari sudut berlainan cara, iaitu tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepada DSAI, mampukah beliau menjadikan impiannya untuk menjadi PM ke-6 sebagai realiti dan bukannya fantasi lagi?

Jika kita melihat kepada tuduhan yang dilemparkan kepada DSAI, ia adalah lebih kurang sama sahaja seperti tuduhan 1998. Bagi menuduh DSAI mempunyai kes rasuah pihak BN tiada bukti kerana DSAI bersih dari rekod rasuah (bukan ahli UMNO lagi nak main rasuah kotor nie!) dan mereka cuba pula menuduh dengan tuduhan liwat dan ia kelihatan agak berhasil dengan
tuduhan sedemikian rupa walaupun dinafikan oleh DSAI bahawa itu adalah tuduhan palsu yang mempunyai unsur fitnah.

Tetapi rakyat Malaysia bukannya bodoh untuk tertipu dengan helah permainan politik kotor sejak zaman TDM lg, rakyat yang sudah mulai sedar dan menolak BN pada PRU-12 lalu bagi menggantikan BN dengan pakatan pembangkang telah mengoyahkan UMNO terutamanya dari pelbagai sudut.

DSAI yang sudah 10tahun menunggu masa untuk menjadi PM malaysia dengan penuh dugaan serta cabaran termasuk terpaksa meringkuk dalam penjara selama 6tahun serta dipukul dengan begitu teruk sekali akan tetapi di tahan akan dugaan itu dan memaafkan orang yang menzalimi beliau termasuk bekas bos nya sendiri iaitu TDM.

Apabila tiba masanya untuk memerintah malaysia nanti, sudah semestinya DSAI akan mendedahkan segala keburukan rasuah para pemimpin masa kini, oleh keran itulah para pemimpin masa kini begitu takut kepada manusia bernama saudara ANWAR IBRAHIM kerana DSAI akan membongkarkan segala kes rasuah mereka. Bukan mudah untuk melepaskan kerajaan yang dipegang selama 50tahun dengan pelbagai keburukan rasuah kepada pakatan pembangkang kerana sudah 50tahun para pemimpin UMNO hidup dengan memakan hasil rasuah kroni masing-masing.

Saturday, July 12, 2008

layakkah najib menjadi PM Malaysia ke-6?

Apakah maksud disebalik paklah yang sejak kebelakang ini selalu menyebut nama najib sebagai pengganti beliau di kerusi perdana menteri malaysia yang ke-6 menggantikan beliau. Apakah paklah bakal mengambil tindakan yang sama seperti yang TDM lakukan kepada DSAI di mana dapat kita lihat DSAI dijatuhkan dengan begitu aib sekali dan memalukan.

Ketika tercetusnya peristiwa reformasi 1998 kita dapat melihat dimana 3bulan sebelum itu TDM sentiasa menyebut DSAI sebagai pengganti beliau tetapi menjatuhkan DSAIdengan bermaca-macam tuduhan. Apakah najib pun akan mengalami nasib yang sama seperti DSAI kerana paklah merupakan anak didik TDM juga tetapi paklah tidak dapat dipengaruhi oleh kerana munculnya budak nakal YB rembau yang mengaturkan urusan kerajaan disebalik nama perdana menteri yang juga pak mentuanya.


Paklah yang mana kita semua ketahui kelemahannya mengawal negara dengan kelemahan mengawal harga minyak sehingga terpaksa menaikkan harga minyak yang membebankan rakyat. Tidak cukup kelemahannya memerintah negara sekarang beliau mengatakan najib pula akan menjadi pengganti beliau? Sungguh malang nasib malaysia kalau mendapat pemimpin seperti ini.

Begitu banyak skandal yang dialami oleh Najib tetapi mahu lagikah Paklah memberikan laluan kepadanya sebagai pengganti beliau? Apakah UMNO sudah ketandusan pemimpin yang berkaliber seperti TDM dan DSAI? Sehinggakan orang yang penuh dengan skandal mahu diangkat sebagai PM malaysia yang ke-6?

Bersedialah kita menghadapi pelbagai kemungkinan yang tidak diduga apakah peristiwa kejatuhan DSAI akan berulang kepada Najib? Jika DSAI dijatuhkan sedemikian rupa kerana itu adalah fitnah semata-mata tetapi najib mungkin djatuhkan sedemikian rupa juga tetapi dalam kes najib ini ia adalah kerana kebenaran.

Friday, July 11, 2008

usul undi tidak percaya terhadap PM malaysia

Usul indu tidak percaya terhadap kepimpinan PM Dollah badawa yang dibuat oleh ketua pembangkang parlimen yang juga selaku YB Permatang Pauh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, sebenarnya memag dinanti-nantikan oleh rakyat malaysia. . Inilah kali pertama pakatan pembangkang mengemukakan usul tidak percaya kepada seorang Perdana Menteri di negara ini.

isu bahawa usul undi tidak percaya ditolak oleh speaker dewan tidak timbul kerana seluruh pelusuk planet sudah tahu bahawa 81parlimen malaysia menolak kepimpinan beliau selaku perdana menteri. Ini adalah krisis kepimpinan yang buruk yang sedang melanda UMNO dan BARISAN NASIONAL.

Usul ini pastinya memberikan tekanan lagi kepada barisan kabinet Dollah yang dilihat agak kucar-kacir sejak kebelakangan ini. Dollah sendiri tidak dapat mengawal apa yang terjadi disekelilingnya kerana dikawal oleh 'budak nakal' tingkat 4 pejabat perdana menteri.


Fitnah tersebar dengan luasnya, permusuhan dalam dan diluar BN begitu sengit dan rakyat kini tersepit dengan janji-janji manis Dollah yang sering kali menipu rakyat. Ini menunjukkan betapa tidak telusnya kepimpinan beliau selaku perdana menteri malaysia. Kenaikkan harga barang keperluan selepas kenaikkan harga petrol dan diesel juga amat membinggungkan rakyat kerana sebelum pilihanraya mereka berjanji tidak akan menaikkan lagi harga minyak jika berjaya lagi menguasai kerajaan persekutuan.

Kenaikkan harga minyak yang mengundang kemarah rakyat telah menyebabkan ekonomi negara mengalami inlflasi sehingga 7% dan bursa saham jatuh dengan mendadak sehingga terpaksa mengantungkan aktivitinya.

TPM yang didakwa terlibat dengan pelbagai skandal jenayah juga turut mengalami tekanan kerana beliau mungkin akan mengalami nasib yang lebih buruk lagi dari Abdullah. Barisan kabinet yang dibentuk selepas PRU-12 juga menunjukkan para menteri tidak berapa yakin untuk memegang portfolio menteri sehinggakan ada yang menolak untuk menjadi menteri dan timbalan menteri, malah ada menteri yang meletak jawatan dari kabinet Abdullah ini.

Masalah kalangan komponen BN juga gagal diselesaikan dan inilah peluang terbaik untuk beliau meletakkan jawatan sebelum masalah yang lebih buruk berlaku.

walau ape pun keputusannya isnin nanti, rakyat sudah pun menolak kepimpinan Abdullah!!

Wednesday, July 9, 2008

Tangisan Rasulullah S.A.W Menggoncangkan Arasy

Hayati kisah dibawah, amat menyayat hatidan rasa terharu
Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan beruntung di hari pembalasan.
Insyallah

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang
hilang,Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya
telah hilang dari diri seseorang.
"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf
di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir:
"Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu
berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya
Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya
Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke
belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan
yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,
kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu
dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad
Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu
bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum,"
jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah
melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah
bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku
inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di
hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
>
"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk
mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.
menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
>
"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang
beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia
berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan
bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona
dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari
Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!"
Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu
pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan
atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata
orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"
Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa
hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,'
jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan
memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan
kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa
kedermawanannya!'
>
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis
mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata
beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi
seraya berkata:
>
"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga
Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak
akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua
kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya
orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut, la lalu menangis
kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "

(Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia)

Rahsia Surah Al-Kautsar

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada
batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita
amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir
itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima
kasih.

kiamat sudah dekat

Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*

Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani*

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim*

Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada, yang terkini..Salji turun di Dubai (BH, 31 Dis.2004).Sesungguhnya Allah telah memberikan peringatan kepada manusia.

Mungkin ada yang pernah terbaca artikel,tapi just utk kongsi bersama2 kwn yang belum baca...jihad fisabilillah..

4 Perkara Untuk Sihat (Petua Imam Syafie)

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

4 CARA TIDUR

1. Tidur Para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. Tidur Para Ulama' & Ahli Ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. Tidur Para Raja Yang Haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.


4. Tidur Syaitan
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka


DSAI sedia bersumpah

Oleh ARSHAD KHAN
PETALING JAYA 6 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia bersumpah bagi membersihkan dirinya daripada tuduhan liwat dengan syarat ia dibuat di bawah bimbingan ulama-ulama yang berwibawa dari dalam dan luar negara.
Walaupun beliau bersedia bersumpah, dari segi pendirian beliau tetap berpegang pada pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.
Menurut Anwar, sejak dahulu beliau memang bersetuju untuk membersihkan namanya menggunakan cara syariah jika kerajaan membenarkan beliau berbuat demikian.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang kini berdepan dengan dakwaan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, mendakwa hasrat tersebut pernah diluahkannya semasa menghadapi tuduhan liwat yang pertama pada 1998.
“Saya minta dibawa ke Mahkamah Syariah pada tahun 1998, tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN) menolak.
“Malah untuk bersumpah kali ini, saya setuju untuk berbuat demikian atas nasihat ulama-ulama berwibawa dari dalam dan luar negara,” katanya ketika berucap pada program Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya di sini malam ini.
Sebelum ini, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mencadangkan Anwar dan Mohd. Saiful yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar bermubahalah sebagai jalan penyelesaian kepada isu itu yang kini menjadi tumpuan nasional.
Anwar berkata, selain Harussani, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya dan beberapa ulama lain menegaskan beliau tidak perlu bersumpah.
Katanya, Harussani membuat penegasan beliau tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ia tidak menepati undang-undang Islam.
“Tunggulah kenyataan Mufti Perak itu keluar nanti,” katanya.
Anwar memberitahu 15,000 orang yang menghadiri perhimpunan malam ini bahawa beliau tidak mahu bermain dengan hukum hakam agama.
“Ini bukan kenyataan politik, ini urusan syarak,” ujarya.
Dalam pada itu, Anwar turut mencabar Kabinet kerajaan untuk berdepan dengannya bagi membincangkan mengenai kaedah untuk menurunkan harga minyak secara langsung menerusi televisyen.
Anwar berkata, kedudukan beliau bukan untuk berhadapan dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek semata-mata.
Katanya, beliau boleh berdepan dengan Perdana Menteri, timbalannya dan sebahagian besar Kabinet secara serentak.
“Separuh Kabinet saya cabar berdebat dengan saya. Biar saya ajar (mereka) bagaimana hendak turunkan harga minyak,” katanya.

Nilai Tudung Seorang Wanita

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Saiful boleh dikenakan hukuman 80 sebatan tegas-Mufti Perak

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.



Dato' Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.



Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.



"Kaedahnya dalam kes ini, ialah 'orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti' dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.



Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, "itu cadangan dari orang yang terlebih pandai.

"

Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.



Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.



"Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'," tegasnya.



Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li'an.



"Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak," tegasnya ketika dihubungi.



Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.



"Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan," tegas beliau.

Wadah protes wajar di jalan raya - Presiden PAS

Protes atau bantahan terhadap sesuatu isu mesti dilakukan dengan kaedah yang betul demi menyampaikan mesej jelas kepada kerajaan
Presiden PAS Dato' Seri Guru Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata pendekatan menggunakan stadium bagi melahirkan protes itu tidak memberi kesan yang sepatutnya dan tidak sampai mesej.



Malah protes yang dibuat seperti 'karnival' dan mengadakan hiburan sampai ke pagi tidak mencapai matlamat yang jelas kepada rakyat dan tidak sewajarnya dibuat.



"Perlu ke pada jalan raya dan perlu menyampaikan nota bantahan kepada pemimpin, itu yang sepatutnya," katanya.



Beliau berkata demikian semasa mengulas 'Himpunan Protes Sejuta Rakyat' yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) di Kelana Jaya Ahad lalu yang mendapat kritikan pelbagai pihak.



"Walaupun lima minit atau 10 minit, kalau protes dilakukan lima minit pun berkesan, apa yang penting ialah kita dapat menyamapaikan mesej itu kepada kerajaan dan rakyat

"Kalau suara hanya tertutup dalam stadium , hanya itu sajalah.....sekadar melepaskan geram bukan dari erti kata yang sebenar," katanya ketika ditemui Harakah dalam temubual eksklusif berkaitan isu-siu semasa di pejabat pembangkang di Parlimen pagi tadi.



"Kita perlu menghantar wakil bertemu....bukanlah tak boleh....bertemu menteri yang bertanggungjawab itu protes yang betul...kerajaan mesti terbuka dalam masalah ini," katanya.



Beliau turut merujuk kepada situasi yang berlaku di London semasa lawatannya ke negara itu baru-baru ini di mana kerajaan tersebut membenarkan demonstrasi.



Polis pula mengawal daripada berlaku apa-apa yang tidak diingini, ujar Presiden PAS.



"Di Amerika, begitu juga, polis tidak melakukan sebarang provokasi, polis membiarkan peserta demonstrasi menyampaikan apa yang mahu dinyatakan dan kerajaan mereka mendengar," tegasnya lagi.



Beliau turut memberikan pandangan berhubung isu-isu terkini membabitkan Pakatan Rakyat, kes Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kemelut politik semasa

"Assalamualaikum" dengan "A'kum"

Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.



Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.


singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.



Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

sayanglah pada diri sendiri kerana hidup hanya sekali

Pernahkah kamu merasakan rasa tidak puas hati dan sering merungut-rungut pada diri sendiri? Mungkin kamu pernah, tetapi tidak perasan akan sikap buruk itu. Untuk mengetahui jawapannya dengan tepat, perhatikan sahaja gelagat kamu bila setiap kali berada di hadapan cermin. Apakah reaksi kamu? Tentu ada sahaja perkara yang kamu rasakan tidak kena tentang diri kamu. Sekiranya, kamu bersikap begitu, bermakna kamu tidak menyintai diri sendiri. Kamu harus mengubah sikap buruk itu.

Di sini ada boberapa cara yang boleh membantu kamu bagaimana untuk menyintai diri. Cubalah cara-cara yang diberikan dan lihatlah perubahannya nanti.

Hentikan segala kritikan

Kritikan tidak akan mengubah sesuatu perkara.Hindari mengkritik diri sendiri. Terima diri kamu sebagai diri kamu sendiri. Setiap orang berubah. Apabila kamu mengkritik diri sendiri, perubahan yang kamu lakukan bersifat negatif. Apabila kamu meningkatkan diri sendiri, perubahan yang berlaku adalah positif. Jadi, mulai hari ini hentikan segala kritikan pada diri kamu.

Sokonglah diri sendiri

Cari jalan untuk menyokong diri sendiri. Kamu tidak akan berjaya tanpa sokongan. Dapatkan kawan-kawan dan benarkan mereka membantu. Mereka sangat berguna di saat-saat kamu memerlukan.

Pujilah diri kamu

Kritikan meruntuhkan kekuatan rohani. Sebaliknya pujian membangunkannya semula.Pujilah diri sebanyak mana yang kamu mahu. Katakan pada diri, kamu telah lakukan yang terbaik, walaupun perkara itu kecil sahaja. Setiap kali kamu memuji diri sendiri tentu kamu akan terasa bangga. Ini kerana kamu mulai sedar bahawa kamu juga mempunyai kelebihan.

Jangan menakutkan diri sendiri

Berhentilah daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan. Ia menjadikan hidup kamu tidak gembira.Carilah satu imej yang menyenangkaan diri kamu dan serta merta tukar fikiran kamu yang selalu ketakutan itu kepada perkara yang menggembirakan.

Bersikap baik terhadap minda kamu

Membenci diri sendiri hanya akan merosakkan pemikiran kamu. Jangan membenci diri sendiri kerana mempunyai tanggapan begitu. Ubahlah cara berfikir kamu secara beransur-ansur.

Bersikap lemah lembut, baik hati dan sabar

Berlemah lembutlah terhadap diri sendiri. Bersikap pemurah pada diri sendiri. Banyakkan bersabar di saat kamu mempelajari cara baru berfikir. Layani diri kamu sebaik mungkin sebagaimana kamu mahu orang lain melayani kamu sedemikian rupa.

Usah membenci musuh-musuh kamu

Pujian yang kamu berikan kepada mereka boleh membantu apabila diperlukan nanti.Sekarang kamu perlu mencari jalan baru dan positif untuk memenuhi segala keperluan itu. Oleh itu bebaskan semua contoh-contoh negatif yang tidak berguna lagi.

Ambil berat tentang kesihatan

Pelajarilah tentang pemakanan. Apa jenis bahan bakar yang diperlukan oleh tubuh untuk mendapat tenaga dan daya hidup secara optimum? Pelajarilah mengenai senaman. Apa jenis senaman yang kamu rasa seronok untuk melakukannya? Pelihara dan sayangi tempat tinggal kamu.

Cermin diri

Pandanglah ke dalam mata kamu.Luahkan seluruh rasa cinta yang kamu miliki pada diri sendiri. Berdiri di hadapan cermin dan bercakap pada diri sendiri. Begitu juga dengan ibu bapa kamu. Sekurang-kurangnya sekali sehari ucapkan. "Saya sayangkan kamu. Saya benar-benar menyayangimu."

15 panduan mengembangkan sifat sabar anda

elagi kita hidup, selagi itulah kita harus bersabar... jgn ikutkan sgt gerak nafsu yg terlalu amarah itu... jika tidak, nescaya akan membakar diri kita sendiri...

So, mari lah kita kongsi bersama 15 panduan yg boleh mengembangkan sifat sabar kita... INSYAALLAH...

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.

14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.

15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.

Sumber: The Psychologist Magazine

peluang untuk berjaya, miliki 7 kemahiran ini.

Dunia pekerjaan seperti juga perniagaan ada pasang surut kerana ia banyak bergantung kepada prestasi syarikat. Ada ketikanya graduan-graduan universiti tidak perlu memohon pekerjaan kerana peluang sentiasa menanti. Dan ada ketikanya terutama semasa negara dilanda kemelesetan ekonomi pertengahan 1980-an lalu, graduan yang baru menerima ijazah terpaksa berpuas hati dengan gali lebih rendah daripada sepatutnya.
Kini di era Internet, peluang pekerjaan tidak dinafikan semakin banyak dan luas, begitu juga dengan persaingan bukan sahaja di antara syarikat-syarikat yang berlumba-lumba merebut peluang perniagaan tetapi juga di kalangan kakitangan.

Pekeria yang banyak pengalaman mempunyai lebih banyak peluang dan mampu 'demand' untuk mendapatkan gaji yang tinggi. Oleh itu setiap pekeria di sektor swasta perlu sentiasa bersedia dan tidak berkira untuk menambah pengalaman dan pengetahuan kerana dengan cara ini mereka boleh dan mampu bersaing secara sihat untuk terus naik setiap anak tangga kejayaan. Ingat setiap tingkah laku, penampilan dan pergerakan anda di pejabat tidak kira bidang apa yang diceburi akan menjadi perhatian dan secara tidak langsung menggambarkan imej syarikat.

Tujuh kemahiran di bawah ini bukan sahaja akan membuka peluang yang luas untuk anda meningkat ke tahap lebih tinggi dari jawatan sekarang tetapi juga membolehkan anda bertukar ke profesyen lain dengan lebih mudah.

1. Suara yang meyakinkan

Kebanyakan tugas hari ini memerlukan kemahiran berkomunikasi terutama melalui telefon. Ada ketikanya dengan hanya satu panggilan, tugas kita mudah diselesaikan dengan jayanya. Ini bermakna suara yang dibuat menerusi panggilan telefon berjaya meyakinkan pihak yang berurusan dengan kita.

Seperti kata penulis buku Winning With Your Voice, Morton Cooper, H kira-kira 80 peratus daripada komunikasi harian bergantung kepada suara. Kebanyakan kita menjual suara untuk menjalin perhubungan terutama dalam perniagaan.

Percakapan yang kurang jelas melalui telefon akan mengurangkan keyakinan pihak yang satu lagi membuatkan mereka mendapat gambaran negatif terhadap kita sehingga mereka bertemu empat mata dengan kita.

Bagaimana caranya untuk memperbaiki pertuturan? Nancy Friedman, pemilik dan presiden apa yang dipanggil Doktor Telefon di Saint Louis mencadangkan agar berlatih sendiri untuk memperbaiki cara pertuturan. Caranya mudah, letakkan cermin kecil di atas meja supaya anda dapat melihat sama ada anda tersenyum atau tidak ketika mengangkat gagang telefon. Apabila tersenyum, suara akan lebih meyakin, seolah-oleh orang yang kita hubungi dapat'mendengar' kita tersenyum. Cara pertuturan amat penting. Apa jua profesyen kita sama ada wartawan, penerbit, eksekutif jualan malahan mereka yang bekeria sendiri juga memerlukan keyakinan diri untuk meyakinkan orang lain.

2. Pena yang tajam

Kemampuan bercakap dengan baik hanyalah salah satu daripada kemahiran berkomunikasi kerana penulisan yang tersusun dan lancar juga mempunyai peranan penting. Apabila memohon sesuatu pekerjaan, pastikan surat permohonan dibuat dengan tersusun memberitahu bagaimana tugas yang dipohon dan diri anda adalah gandingan sepadan. Mungkin ramai berpendapat kurang kemahiran berbahasa Inggeris membuatkan mereka tidak yakin untuk menulis surat permohonan keria. Sebenarnya kemahiran ini boleh dipelajari melalui kursus atau buku-buku di samping melihat surat permohonan rakan-rakan yang telah beriaya dalam permohonan mereka.

3. Luahan idea

Jangan takut untuk memberi idea. Tidak semestinya setiap idea yang datang daripada ketua boleh dan sesuai digunakan dan tidak selalu idea yang dihasilkan oleh pekeria tidak berfaedah. Perkembangan teknologi begitu pesat kini sehingga setiap hari ada sahaja perkara baru yang diperkenalkan. Bukan hanya melalui media elektronik, malahan melalui media cetak banyak perkara baru boleh dijadikan panduan untuk memberikan idea yang boleh digunakan dalam tugas seharian. Ini bermakna setiap pekeria perlu peka dengan perubahan dan perkembangan yang berlaku bukan hanya di sekitar mereka tetapi juga di seluruh dunia. Semakin banyak kita sedar dan peka mengenai tren semasa, semakin banyak idea yang boleh dikembangkan dan semakin luas peluang kita dalam dunia pekerjaan.

4. Pengetahuan teknologi

Kajian yang dijalankan di Amerika menunjukkan berbanding lelaki, wanita lebih bimbang terhadap perkembangan teknologi terutama komputer. Kemahiran teknikal adalah penting dalam menjalani kehidupan dalam dunia pekerjaan yang semakin kalut berkejar dengan penggunaan teknologi terkini. Tanpa pengetahuan ini, ramai yang akan ketinggalan. Usah malu untuk bertanya dan mempelajari sekiranya tidak tahu. Walaupun tugas harian tidak memerlukan penggunaan komputer, tetapi adalah lebih menguntungkan jika kita mempelajarinya atas inisiatif sendiri.

5. Tingkatkan pendapatan syarikat

Dalam temuduga untuk mendapatkan pekerjaan, majikan akan bertanyakan sumbangan yang boleh diberikan kepada syarikat. Walaupun jawapan yang diberikan "saya akan cuba me" ningkatkan jualan, meningkatkan pendapatan syarikat dan sebagainya namun ia masih belum mencukupi. Pekerja yang beriaya membawa hasil yang banyak kepada syarikat akan sentiasa disanjung tinggi dan menjadi aset kepada syarikat tersebut.
Oleh itu anda perlu ada keyakinan diri untuk meyakinkan syarikat tempat anda memohon pekerjaan bahawa anda mampu membawa peluang perniagaan yang besar kepada syarikat berkenaan.

6. Luaskan rangkaian

Alat yang penting dalam mengembangkan karier adalah rangkaian yang pelbagai. Tetapi ia tidak bermakna hanya menghadiri majlis sosial, bertukar-tukar kad perniagaan dengan kenalan baru atau sering berbual melalui telefon. Yang penting selepas setiap pertemuan, anda perlu berhubungan selalu bagi bertukar-tukar pandangan, mendapatkan nasihat dan maklumat yang diperlukan. Kita sering bertemu ramai orang dari pelbagai bidang, tetapi jika kita tidak sering berhubungan walaupun sekadar bertanya khabar, rangkaian hubungan kita tidak akan meluas. Ia akan hanya menjadi sekadar kenangan dalam pertemuan. Rangkaian adalah kritikal untuk pengurusan karier kerana ahli-ahli perniagqan hanya akan berurusan dengan orang yang mereka kenal dan boleh dipercayai. Kunci utama mengembangkan rangkaian kita ialah dengan mengadakan perhubungan yang pelbagai. Sertai pertubuhan-pertubuhan sosial, pertubuhan profesional, kelab-kelab dan tidak ketinggalan mereka yang ditemui ketika beriadah di kelab atau bersiar-siar di taman. Kejayaan dalam pekeriaan dan perniagaan bukan sahaja bergantung kepada siapa yang kita kenali tetapi juga siapa yang mengenali kita.

7. Susulan

Apabila memulakan sesuatu tugas, kita hendaklah sentiasa memastikan tindakan susulan dibuat segera. Tidak kurang yang bersemangat berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu tetapi kemudiannya dibiarkan begitu sahaja tanpa susulan lanjut membuatkan segalanya gagal. Ada juga yang menghantar permohonan pekerjaan tetapi tidak mengambil inisiatif untuk membuat panggilan telefon bertanyakan mengenai pemohonannya. Ini menunjukkan dari awal lagi individu ini tidak bersungguh-sungguh dalam usahanya.

tazkirah isra' mikraj

Subhanallah. ..

Maha Suci Allah.



Allah yang suci dari sebarang kelemahan, kekurangan dan ketidak sempurnaan.


Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. al-israa-1.


Hari ini umat Islam seluruh dunia menyambut Isra' dan Mikraj yakni pada tanggal 27 Rejab setiap tahun dan pada tahun ini bersamaan 30 Julai. Hari di mana perintah solat di anugerahkan kepada umat Islam. Sedarkah kita bahawa Allah menyampaikan perintah bagi ibadah lain seperti haji, zakat, puasa dan sebagainya menerusi perantaraan malaikat Jibril.. namun bagi perintah solat, Allah sendiri yang menjemput Rasulullah dalam peristiwa Isra' dan Mikraj mengadap diriNya dan di anugerahkan ibadah tersebut.



Pada zaman dulu, agak sukar manusia untuk beriman dengan peristiwa tersebut. Dengan keupayaan teknologi yang terbatas, fikiran mereka juga turut terbatas dalam mempercayai peristiwa Rasulullah bergerak dari Madinah ke Palestin dan kemudian bersolat di masjid Aqsa dan terus diterbangkan Allah melepasi langit ke tujuh, dan dalam perjalanan melintasi langit-langit tersebut, diperlihatkan syurga dan neraka, bertemu Allah swt dan menerima anugerah solat 5 waktu, turun semula ke langit dunia, kemudian sampai semula ke masjidil Aqsa dan kemudian pulang ke Madinah HANYA dalam 1/3 malam ( 4 jam ) sahaja....

Begitu ramai umat Islam yang murtad ketika itu kerana ujian tersebut. Ramai yang tidak percaya dan tidak kurang pula yang mendakwa Rasulullah sudah gila. Dalam kekalutan tersebut, Umar bingkas bangun dan membenarkan Rasulullah dengan katanya; JIKA LEBIH DARI ITU PUN AKU AKAN PERCAYA YA RASULULLAH..

Alhamdulillah. . kini dengan teknologi yang semakin maju, kita diperlihatkan oleh Allah akan logik peristiwa tersebut.

:

Setiap benda yang Allah jadikan daripada sesuatu akan menjadi lebih baik atau hebat daripada bentuk asal benda tersebut. Contoh, malaikat dari cahaya maka malaikat lebih baik, hebat dan cantik dari cahaya. Manusia dari tanah maka manusia lebih baik, hebat dan cantik dari tanah. Roti dari tepung maka roti lebih baik, sedap dan bernilai dari tepung. Dan seterusnya.. .



Kini tidak mustahil untuk bergerak dari Madinah ke Palestin dengan menaiki kenderaan dalam masa kurang 4 jam... namun sedarkah kita kenderaan apa yang digunakan Rasulullah ketika itu? BURA'. Ya.. sejenis makhluk dari syurga yang dibuat daripada kilat (petir). Maka jika Bura' dari kilat maka Bura' lebih laju dan hebat dari kilat itu sendiri.. subhanallah. .



Rasulullah melepasi langit dunia? Angkasa tiada oksigen dan pancaran sinar matahari boleh membakar manusia di angkasa jika tidak memakai pakaian angkasawan. Bagaiman Rasulullah boleh hidup dalam keadaan itu? Jawapannya mudah.. pernahkah anda melalukan jari anda pada api pelita atau api lilin? Jika anda menggerakan jari dengan pantas, maka jari tersebut tidak akan terbakar walaupun jari tersebut menyentuh api tadi. Maka anda juga tidak akan merasa sakit. Masih ingatkah kenderaan yang dinaiki Nabi ketika itu? Ya, kepantasan Bura' menyebabkan Rasulullah tidak terkesan dengan kepanasan matahari dan ketiadaan oksigen di angkasa.. Logik! Subhanallah. .



Bagaimana pula Rasulullah dapat melihat peristiwa-peristiwa di syurga dan neraka seperti hukuman pada orang yang mendedahkan aurat, berzina, makan harta haram, keindahan taman-taman syurga dan banyak lagi dalam tempoh yang cukup pendek? Sahabatku sekalian, jika P.Ramlee dapat buat filem Hang Tuah dari dia kecil hingga remaja, kemudian menuntut di gunung Ledang kemudian menjadi laksamana Melaka kemudian membawa Tun Teja dari Pahang ke Melaka kemudian meminang Puteri Gunung Ledang kemudian membunuh Hang Jebat kemudian menghilangkan diri di Sungai Melaka yang sepatutnya perjalanan hidup Hang Tuah yang mengambil masa lebih kurang 40 tahun dijadikan filem untuk tontonan selama 1 ½ jam sahaja... masakan Allah tidak mampu mempertontonkan segala kejadian syurga dan neraka kepada Rasulullah dalam masa yang singkat?

Ingatlah.. ketika perintah solat di anugerahkan kepada Rasulullah, baginda sudah kehilangan semua tempat bergantung (bapa dan ibu, datuk, Abu Talib, Khadijah sudah di wafatkan oleh Allah). Apa yang ingin Allah sampaikan ialah Rasulullah sudah tiada tempat untuk bergantung, berlindung, berkasih... oleh itu terimalah anugerah SOLAT ini agar kau Ya Muhammad hanya akan bergantung pd Aku sahaja. Solatlah untuk kau memohon, merayu, berkata-kata, berkasih dengan Tuhan mu..

Sayangnya Allah pada kita, hingga Dia ingin jumpa kita 5 kali sehari sedangkan bagi umat Nabi Ibrahim, Allah hanya wajibkan solat 2 kali sahaja sehari.



Kesimpulannya ..

Sayangkah kita pada Allah?

Adakah kita menghargai solat?

Fahamkah kita pada peristiwa isra' mikraj dan hikmahnya?

Siapa kita di sisi Allah?