Wednesday, August 27, 2008

Ia adalah kemenangan rakyat!



Dato' Seri Anwar Ibrahim Wed Aug 27, 08 11:10:53 am MYT

Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini. Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.


Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.
Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu
yang berkaitan dengan negara ini.

Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan eknomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.
Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.
ANWAR IBRAHIM - mr_

Friday, August 22, 2008

petrol oh petrol..

2 minggu lepas paklah mengumumkan bahawa penstrukturan semula harga minyak mengikut harga pasaran dunia, oleh itu utusan meloya pun mengeluarkan tajuk akhbar utamanya "harga minyak kemungkinan akan turun".

apakah benar haga minyak turun adalah janji paklah atau harga minyak turun janji utusan meloya? paklah mengumumkan harga minyak akan di strukturkan semula, bukan mengumumkan harga minyak akan turun. Kita jangan mudah tertipu dengan 'mainan' politik paklah ni, paklah terpaksa membuat janji begitu kerana bagi menyelamatkan karier politiknya.

sebelum pilihanraya para pemimpin Be eNd bercakap bahawa harga minyak akan kekal dan tidak akan dinaikkan dan mengutuk janji DSAI jika DSAI mmerintah hari ini harga minyak aakn turun esok, tetapi hari ini mereka menipu rakyat dengan menaikkan harga minyak selepas pilihanraya dan ingin menurunkan harga minyak pula?

adakah pihak pemimpin Be eNd ini sudah ketandusan isu nak menutup isu altantuya? nak menutup isu ECM libra? atau adakah lagi isu yang lebih panas yang lebih kontroversi? berbalik kepada isu minyak tadi dimana penstrukturan semula harga subsidi minyak sebanyak 30sen dan subsidi harga minyak kita sekarang ialah 70sen, dan apaila dikurangkan kepada 30sen adakah minyak akan turun? alahai paklah..orang gila pun tak tertipu dengan anda wahai paklah! jangan nak menipu orang kampung lah.

jangan lah nak gunakan isu penstrukturan semula harga minyak pada 1september ini sebagai nak pancing undi penduduk P.044 PERMATANG PAUH. orang kampung bukannya bodoh, mereka semua sudah cerdik pandai sudah berani nak membuat perubahan! jangan nak menipu! aku cabar kamu paklah turunkan harga minyak tanpa bangkrapkan negara macam TPM kamu itu cakap! kurangkan subsidi minyak daripada 70sen seliter kepada 30sen seliter minyak yang pada harga 80 dollar 1galon harga minyak boleh turun? jangan nak menipulah...

aku nak cakap kepada korang semua nie fakta:

1. harga minyak kita sekarang ialah rm2.70 seliter.
2. subsidi yang kerajan tanggung sekarang ialah 70sen bagi setiap liter.
3. kerajaan bercadang nak kurangkan subsidi harga minyak dari 70sen seliter kepada 30sen seliter.
4. harga minyak rm2.70 seliter kalau ikutkan harga minyak dunia ialah 80 dollar 1 gallon dengan subsidi yang ditanggung ialah 70sen bagi setiap liter.
5. harga minyak dunia sekarang ialah 21/08/2008: $113.63.
6. jika subsidi dikurangkan kepada 30sen seliter ini bermakna harga minyak akan naik skurang-kurangnya pada tangga 40sen seliter pada harga rm3.10 seliter.

aduhai minyak...

Sunday, August 17, 2008

penjelasan tuan guru

Penjelasan Tok Guru
I]. Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian
Mohd Rashidi Hassan Sun Aug 17, 08 11:11:37 am MYTIPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.
Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.
Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.
-Mursyidul Am PAS , Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Ii]. Sumpah Saiful tindakan bodoh
Intan Abdullah & Mohd Nor YahyaSat Aug 16, 08 12:39:28 pm MYTIPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.
Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama. "Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini
-Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Iii]. Dr Haron Din persoal mengapa penuduh pula yang bersumpah?
Intan Abdullah Foto Wan Zahari Wan SallehSat Aug 16, 08 3:57:25 pm MYTIPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan.
"Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya.
"Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?"
"Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan," ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful.

-Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din

buruk betul perangai mereka ini!!









inikah ia para puteri umno yang kena raba?





Saturday, August 16, 2008

jangan bicara soal UiTM kallau tidak kembalikan hak kami


Sebelum UMNO nak pertahankan hak melayu ke atas Uitm dan ketuanan melayu..Pulangkansemula hak warisan nenek moyang kami org melayu yg telah digadaikan oleh umno kepada bangsa asing..

Kami org melayu selaku waris yg sah ke atas harta pusaka nenek moyang kami menuntut UMNO kembalikan semula 4 wilayah atas tanah warisan yg nenek moyang kami wariskan kepada seluruh generasi kami sejak dahulu lagi sebelum UMNO gadaikan kepada bangsa cina, siam dan org2 kristianTuntutan kami...

1 ) Sebelum Tanah melayu mencapai kemerdekaan..

a ) Selatan Thailand
b ) Pulau Mindanao, sibu2 danPulau Palawan di Filipina..


* Kedua2 wilayah tersebut adalah milik nenek moyang kami yang telah dilacurkan kepada penjajah..

2 ) Selepas Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan..

a ) Pulau Singapura
b ) Pulau Batu Putih..

Setelah kamu semua kembalikan semula warisan nenek moyang kami.. baru kamu boleh bicara tentang hak bumiputera ke atas Uitm.Kamu UMNO cuma terguris hanya kerana koata yg sebesar kuman sahaja..

Sedangkan kami waris2 yg sah ke atas tanah pusaka nenek moyang kami telah kamu lacurkan kesemua wilayah islam tersebut kepada bukan islam..Manusia jenis apakah kamu semua..??

Kerana masih lagi bongkak serta mendabik dada dgn mengatakan kamu adalah pejuang bangsa dan agama..

Tuesday, August 5, 2008

permatang pauh


hari ini 5 ogos 2008 bersamaan dengan 3 syabaan 1429 utusan meloya mengeluarkan 1 kenyataan yang amat memalukan AMENO dengan kenyataan terbuka mufti perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bahawa beliau menolak untuk menjadi calon Be eNd bagi kerusi parlimen permatang pauh bagi menentang DSAI.
Apakah pihak AMENO sudah ketandusan calon sedangkan bekas calon permatang pauh yang telah tewas 2kali kepada DSWAWI yang juga bekas imam besar masjid negara iaitu dato pirdaus serta seorang lagi bekas ahli AMENO yang tidak tahu malu iaitu ezam juga telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa bersedia untuk menentang DSAI walaupun di mana tempatnya DSAI masuk bertanding dan sekarang DSAI telah mengambil-alih kawasan "keramat" beliau sendiri.
mengikut perkiraan para penduduk melayu di permatang pauh terbahagi kepada 2 iaitu separuhnya merupakan penyokong Be eNd dan separuh lagi penyokong pembangkang, namun begitu jangan kita lupa kepada para kaum cina serta india kerana mereka juga penting bagi menentukan jumlah undi berpihak kepada pihak mana yang berhak mewakili suara rakyat di permatang pauh.
permatang pauh yang merupakan kubu kuat DSAI dicuba untuk diceroboh serta di tukar wakil rakyatnya dari PKR kepada AMENO tetapi tidak berjaya lagi sehingga hari ini. Apakah mainan politik pihak AMENO ini sebenarnya? kenapa mereka betul-betul mahu menawan kembali Permatang paauh dari cengkaman PKR? apakah yang ada di permatang pauh untuk mereka?