Friday, August 22, 2008

petrol oh petrol..

2 minggu lepas paklah mengumumkan bahawa penstrukturan semula harga minyak mengikut harga pasaran dunia, oleh itu utusan meloya pun mengeluarkan tajuk akhbar utamanya "harga minyak kemungkinan akan turun".

apakah benar haga minyak turun adalah janji paklah atau harga minyak turun janji utusan meloya? paklah mengumumkan harga minyak akan di strukturkan semula, bukan mengumumkan harga minyak akan turun. Kita jangan mudah tertipu dengan 'mainan' politik paklah ni, paklah terpaksa membuat janji begitu kerana bagi menyelamatkan karier politiknya.

sebelum pilihanraya para pemimpin Be eNd bercakap bahawa harga minyak akan kekal dan tidak akan dinaikkan dan mengutuk janji DSAI jika DSAI mmerintah hari ini harga minyak aakn turun esok, tetapi hari ini mereka menipu rakyat dengan menaikkan harga minyak selepas pilihanraya dan ingin menurunkan harga minyak pula?

adakah pihak pemimpin Be eNd ini sudah ketandusan isu nak menutup isu altantuya? nak menutup isu ECM libra? atau adakah lagi isu yang lebih panas yang lebih kontroversi? berbalik kepada isu minyak tadi dimana penstrukturan semula harga subsidi minyak sebanyak 30sen dan subsidi harga minyak kita sekarang ialah 70sen, dan apaila dikurangkan kepada 30sen adakah minyak akan turun? alahai paklah..orang gila pun tak tertipu dengan anda wahai paklah! jangan nak menipu orang kampung lah.

jangan lah nak gunakan isu penstrukturan semula harga minyak pada 1september ini sebagai nak pancing undi penduduk P.044 PERMATANG PAUH. orang kampung bukannya bodoh, mereka semua sudah cerdik pandai sudah berani nak membuat perubahan! jangan nak menipu! aku cabar kamu paklah turunkan harga minyak tanpa bangkrapkan negara macam TPM kamu itu cakap! kurangkan subsidi minyak daripada 70sen seliter kepada 30sen seliter minyak yang pada harga 80 dollar 1galon harga minyak boleh turun? jangan nak menipulah...

aku nak cakap kepada korang semua nie fakta:

1. harga minyak kita sekarang ialah rm2.70 seliter.
2. subsidi yang kerajan tanggung sekarang ialah 70sen bagi setiap liter.
3. kerajaan bercadang nak kurangkan subsidi harga minyak dari 70sen seliter kepada 30sen seliter.
4. harga minyak rm2.70 seliter kalau ikutkan harga minyak dunia ialah 80 dollar 1 gallon dengan subsidi yang ditanggung ialah 70sen bagi setiap liter.
5. harga minyak dunia sekarang ialah 21/08/2008: $113.63.
6. jika subsidi dikurangkan kepada 30sen seliter ini bermakna harga minyak akan naik skurang-kurangnya pada tangga 40sen seliter pada harga rm3.10 seliter.

aduhai minyak...

0 comments: