Monday, October 20, 2008

petua..


Petua Kecantikan Semula Jadi Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. Panduan Hari Ini Dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda : Tidak (sempurna) iman seorang kamu, sebelum dia menyukai untuk saudaranya (sesama Islam) apa yang disukainya untuk dirinya sendiri



Penawar Resdung.

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.



Melicin dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.




Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan me ntimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...



Menghilangkan Cagu

Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.



Menyerikan Wajah

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.



Menghaluskan Kulit

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.



Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.



Melembutkan Rambut.

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan sela ma dua minggu.



Merawat Kulit Berkedut

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.



Melentikkan Bulu Mata

Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit ai r. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.



Melebatkan Rambut

Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.



Awet Muda

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.



Merawat Senggugut

Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.



Kulit Cerah dan Licin

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.



Rambut Lebat

Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut



Mengurangkan Dengkur

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.



Tuesday, October 14, 2008

Hargailah isteri anda sendiri kerana...

Untuk renungan semua forumers sama ada lelaki mau pun wanita.Terutama yang telah pun menjadi suami.....semoga ianya akan mendatangkn manafaat untuk kita.Insyallah.
Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.