Monday, December 14, 2009

kancilku dan minyak petrol yang di gunanya

al-kisahnya setelah lama tidak 'updated' blog ini, ramai yang mengadu kemana hilangnya panglima-perang? hahaha..masih hidu lagilah tapi agak kesibukan yang banyak bukan sediti, dan yang pasti yang lebih utaman itu di dahulukan dan bukanlah rakyat yang di dahulukan bagi ku la..hhmm...

nih aku nk komplain pasalnya kereta kancil yang bapak aku bagi kat aku nih, model manual 5 gear tahun 2001 (kalau aku tak silap la), al-kisahnya aku buat berulang - alik dari dungun ke kuala terengganu pada setiap minggu,

dulu sebelum 1september aku mengunakan minyak ron97, sebelum minyak ron 95 di perkenalkan, aku slalunya isi hanyalah rm10 je dari rumah aku ke dungun, jaraknye adelah lebih kurang la 140kilometer, agak jauh la., aku plak slalunye tak bawak slow2 walaupun kancil, pling kurang pun aku bawak 110kmj hehehe...

minyak ron 97 bernilai rm10 nih sebanyak 5.556 liter mampu mencecah perjalanan sejauh 145 kilometer dengan kereta kancil 850cc ku,
bawak plak laju, hahaha...jadinya aku steady lah, tiba2 minyak ron 95 di perkenalkan then aku pun try la gune

al-kisahnya yang membuat aku marah adelah minyak nih dahlah lembab.! langsung takde pick-up.! kuat makan plak tu.! aduyaii.! sakit hati btul laa..
bayangkanlah aku nak ke dungun terpakse isi sebanyak rm20 kalau x, memang sah.! tolak di tepian jalan mencari stesen minyak.!

amat mengecewakan langkah kerajaan 1malaysia nih yang mengutamakan pencapaian tetapi tidak mengutamakan keluhan rakyat hanyalah mendahulukan rakyat dalam keputusan kabinet supaya rakyat mendapat susah lagi kerana bagi mereka bila rakyat susah, tiada tempat lain yang akan di cari melainkan hanyalah kera-jaan yang hanya mampu memberikan mangkuk jamban kepada jkk kampung untuk di agihkan kepada orang kampung.! kehkehkehkeh

Thursday, October 15, 2009

ketika ku berucap selama 2 minit dalam kelas

hahaha...
rakan2 sekelasku duk gelak kat aku, duk mengata macam2 laa kerana hanye aku satu2nye plajar lelaki yang paling senyap dalam kelas yang pling banyak menerima pujian kerana para pensyarah mengatakan aku trlalu senyap dan baik je...

hahaha...amat klakar bgku then ramai lagik laa rakan2ku yang bermacam2 ragam...
timbul laa pula pada selasa yang lalu ketika kelas ko-kurikulum pada waktu petang, hari terakhir kelas ko-ko, kumpulan aku akan membentangkan tjuk terakhir...

slepas je tajuk terakhir sebagai tugasan terakhir bg kelas ko-ko, ade plak slot untuk 'public speaking' dimana tajuk yang diberi adelah bebas then dalam masa 3minit sahaja...
mula2nya di beri ruang kebebasan sesiapa sahaja yang ingin berucap trlebih dahulu
then rakan ku dgn rela hatinye g laa brcerita ttg rumah sewanye..hehhe...
slepas tamat time dia dah xde org nk kuar....

jadi aku pun dgn gagah perkasa lagi bersemangat aku keluar laa,
aku keluar dengan sebuah cerita yang di ceritakan AIC-dios berantogis pade aku dengan al kisahnye..

" di ketika suatu zaman dahulu terdapat seorang lelaki yang tinggal di sebuah pulau selama 70 tahun dan selama 70 tahun dia tinggal di sana tiadalah pekerjaan lain yang dia lakukan kecuali ibadat siang dan malam, ketika siang hari dia berzikir dan ketika malam hari dia bertahjud kepada ALLAH, sehinggakan dia meninggal dan dia di bangkitkan di akhirat kelak, lalu ALLAH memasukkannya ke dalam syurga tetapi bukanlah kerana amal-ibadatnya tetapi kerana ALLAH simpati kepadanya, lalu dia tidak berpuas hati dan mempersoalkan kenapa dia masuk ke syurga kerana simpati ALLAH bukan kerana amal ibadatnya lalu ALLAH menyuruh malaikat menimbang amalnya selama 70 tahun dan yang sebenarnya amalnya selama 70 tahun itu hanyalah sebesar sebiji bawang besar sahaja, lalu dia terkejut dan ALLAH memasukkan dia ke dalam neraka buat selama-lamanya, nauzubillah"

lalu ku berhujjah adekah kita yang banyak dosa ini layak masuk ke syurga ALLAH??
mampukah kita masuk dengan amal ibadat kita selama ini?
akhirnya satu kelas terpegun dan ku pun mengakhiri ucapanku ckup stakat itu kerana masa yang agak terhad, lalu rakan2 ku berkata pade ku

"jika ko berucap mcam td, aku rela dengar ko berucap 2-3jam lg, tobat x mengantuk,"
insaf skejap aku bila aku dengar ape yang ko ckapkan td"

tapi sifat manusia mudah lupa...
just sekejap je untuk di insafkan....

Saturday, September 12, 2009

Selamat tinggal dan selamat berjaya buat dia

Assalamualaikum~~

Perasaanku bercampur sedih+gembira kerana lepas nih dah tiada lg rakan utk ajak bergaduh then tiade lg rakan utk ku kacau selalu..hehehe...dia telah pergi dengan memberitahuku di saat akhir ketika hendak berangkat sudah..
menelefon ketika pukul 2.40a.m ketika diriku sedang mengalami proses ketiduran dan merehatkan badan kerana keletihan...
tanpa ku menjawabnya dan tanpa ku duga ku ingatkan dia ingin meluahkan rasa marahnya padaku kerana ku telah slalu menyakiti dia tetapi....
pulangku dari solat jumaat (11sept09) ku mendapatkan khabaran msg darinya mengatakan ade sesuatu nk kasitau...
aku call tp tak terjawab, then dia sms kembali menjawab sms dariku yg berlagu sebegini "sorry! tak dpt angkat. tak cukup kredit nk jwab."
sungguh kehairanan ku trase lalu ku on9 kerana memang antra kami jika ade ape2 je mmg kami akn on9...
bile on9 ku igtkan ade ape...ahhh..!!
rupa2nya "de kat kuwait"
perrgghhh...terkejut aku!!!
dia pergi tanpa sebarang pesan lalu IM mengatakan telah berada di kuwait kerana transit utk ke CAIRO meneruskan pengajian dalam bidang medic....

apepun...tahniah buat dia sahabat terbaikku...
semoga kembali dengan segulung impian yang di bawa dengan
harapan bergelar DOCTOR hehhe....
selamat tinggal selamat 6 tahun dariku disini....
ku sentiasa mendoakan kejayaan kita bersama...
~amin~

Friday, August 28, 2009

tiga syurga dunia

ISLAM dan CINTA MANUSIA

ISLAM sebagai sebuah agama yang syumul yang cukup sempurna dan amat sesuai untuk semua jenis bangsa dan keturunan manusia. ALLAH S.W.T telah menciptakan bangsa manusia dengan satu fitrah yang menjadi lumrah manusia semenjak dahulu kala lagi, iaitu perasaan. Perasaan manusia ini sememangnya terbahagi kepada berbagai-bagai karenah setiap anak adam. Ada yang mempunyai perasaan ingin berjihad lebih dari keinginan lain, ada juga yang mempunyai perasaan sedih sentiasa namum itu semua adalah kerja ALLAH dalam menentukan apa yang dikehendakiNya.

Tidak kurang juga ALLAH memberikan pelbagai dugaan buat hambaNya dalam menguji sejauh manakah keimanan seseorang itu kepadaNya melalui perasaan yang cukup istimewa kepada lelaki dan wanita iaitu dicintai dan ingin mencintai.

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah Taala untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaannya. Rasulullah S.A.W pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak berkahwin. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui dan mengiktiraf fitrah manusia yang ingin mendambakan cinta. Namun persoalannya, bagaimana cara terbaik untuk menyalurkan cinta suci ini selari dengan kehendak Allah Taala dan Rasulullah S.A.W mengikut era semasa?



Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termeterainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu selepas lafaz Ijab dan Qabul. Islam telah menggariskan suatu panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini dengan cara lebih selamat. Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidup, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi bagi menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan tuan empunya diri dan terus menyatakan niat hati. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan berkenalan dalam masa terlalu lama. Sedangkan ibu bapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tidak bersetuju dengan pilihan hati. Akhirnya mengakibatkan hubungan kekeluargaan menjadi keruh. Terlebih malang tidak mendapat kerestuan ibu bapa, maka jauhlah keberkatan hidup si anak.


Bolehkah Bercinta Sebelum Kahwin?


Secara kasarnya ada sesetengah ulama’ menganggap bercinta itu halal (harus) tetapi jumhur ulama’ lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama’ fiqh terdapat beberapa ulama’ yang merupakan ahli pencinta yang hebat seperti Daud az Zahiri yang merupakan Imam Mazhab az Zahiri.
Baiklah, penulis akan mengungkapkan beberapa hujah di sebalik bercinta sebelum berkahwin dibolehkan dan diharamkan, namun keputusan terakhir adalah berdasarkan pertimbangan akal yang sihat, di mana melihat isu ini mengikut kesesuaian diri masing-masing.

Pandangan pertama: Bercinta merupakan antara fitrah insani penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada ber-couple dan bercinta walaupun cara dan kaedah mereka nampak Islamik (menjaga hawa nafsu dari maksiat), termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum Ijab dan Qabul. Jika bercinta dianggap sebagai mukaddimah pada perkahwinan, maka ber-couple (kaedah Islamik) pula dianggap sebagai mukaddimah pada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain, kecuali bagi mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Ber-couple yang penulis maksudkan ialah bukan berdua-duaan sehingga timbul fitnah antara lelaki dan perempuan bukan mahram, tetapi hanya sekadar ingin menyatakan luahan hati dan bersedia mengambil pasangan masing-masing sebagai calon suami dan isteri. Jangan salah andaian. Bercinta dianggap berguna jika dapat membawa pada kebaikan kepada kedua-dua pasangan. Sebagai contoh ber-couple dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumahtangga adalah berguna kerana membawa kebaikan. Maka sini terbentuk pula keluarga, dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.

Pandangan Kedua: Namun dari sudut lain, bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Ber-couple dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukaddimah pada perkahwinan sebaliknya mukaddimah pada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang. Bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu ber-couple dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk ber-couple dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal. Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah Taala iaitu perzinaan.

Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubungkait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan. Jawapannya ada dalam diri anda dengan menggunakan pertimbangan akal yang sihat, kaji selidik dan pertimbangan Iman yang mana bertepatan dengan ajaran Islam. Manusia yang diamanahkan Allah Taala sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival dan kemandiriannya sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak bercinta (tidak semua), kita akan pupus di dunia dan sudah tentu menyalahi amanah Allah Taala itu. Tetapi jika bercinta itu membawa ke arah kebinasaan, maka menjauhinya adalah sebaik-baik tindakan. Kebiasaan mengundang kebinasaan.


Remaja bercinta bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata. Remaja mesti ada rasa tanggungjawab. Manakala dalam hal lain dan bukti dimana cinta dibolehkan mengikut panduan kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha boleh dijadikan panduan. Allah Taala menyebut dalam Al Quran: Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu, kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)” Yusuf (12:24)
Nabi Yusuf a.s berjaya mengawal diri dari terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina. Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tatasusila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya:
(1) tidak dibenarkan pergaulan bebas.
(2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram.
(3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian.
(4) menjaga pandangan mata.
(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.
Dalam keadaan ini berpasangan dan percintaan dibenarkan

KESIMPULAN

Dalam konteks remaja masa kini yang masih berusia belasan tahun tetapi sudah pandai mengenai selok belok ber-couple ini, sememangnya haramlah hubungan itu kerana ianya didasari oleh nafsu serta ingin mencuba sahaja.
Dalam konteks kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan takdir-Nya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim serta janji kepada kedua ibu bapa kita. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati dengan cara mengamalkan Islam dalam kehidupan. Matlamat tidak boleh menghalalkan cara.

Thursday, August 27, 2009

kebodohan dalam kecerdikan mengejar dunia sambil melupakan akhirat

Pernah seketika dulu saya rase saya xberguna..Duk dlm kelas kwn2 sume xsuke..Saya nk join org diorg kata saya nyibuk..Ade gk yg kate saya kuat emo..Sket2 nk mrh..Pdhal sbnanye saya nk tgo diorg watslh..Pstu saya cube wat lwk konon nk tarik perhatian org len saya pg gmbira bila ade org glk ngn lwk saya espcially dak2 pmpuan..Dk2 laki sume kate saya mat capap..tapi saya xkesah..asalkan ade yg terhibur..Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Mmg lumrah manusia..Sorg lelaki akn tertarik kpd wanita Cmtulah yg saya rasa..Saya tgk kwn2 dh ade yg couple..kt dorm sms2 awek smpi pg..ade yg call awek smpi 1 mlm leh abis 10rggit..Saya mule fikir..Adakah aku perlu BERCINTA?Dgn mnggunakan akal sorg plajar tgktn 4itu..saya pn mule mnanam tekad utkbercouple..dn mse tu la saya knl awk..saya rse saya dh jmpe org yg plg pntg dlm idup saya..Mula2 awk jual mhl..tapi saya xkesah..nk bli gk..huhu..lst2 pndek cte..saya pn mulalah BERCINTA..Mse brcinta,mmg saya sgt2 bersemangatApe org minang kate..ALL OUT lah..huhu~~Saya salu call awk,awk pn salu call saya..gayut mlm2..kdg2 saya pn abis rm10 1mlm..Tapi sgala PENGORBANAN yg dilakukan mse tu..Xtrase pn kehilangannye..Mse bercinta mmg indah..Sumenye indah..Sket2 guro2 n glak2 Kalo merajuk men pujuk2..Kalo birthday men wish2..Utk diri ni,trasa amat bhagia..Sbb mse tu la trase diri ni dihargai..Saya prnh pikir..Biarlah kwn2 saya tu pndg saya smcm n katasaya mcm2..Aslkan awk memahami saya..Satu hr saya dgr ceramah..Alhamdulillah..Dlm ceramah tu saya sedar,saya byk watdosan saya kna brubah..Hidup saya msti selari ngn islam..Saya kne jadi baik..Sbb mmg tu fitrah manusia..Ignkn kebaikan..sume org nk msuk syurga kn?Sejak dr tu saya mula rapatkn diri ngn msjid..Rapatkan diri ngn Al-Quran..Salu smyg jemaah..Salu dgr tazkirah..Saya xnk jd baik sorg2..so saya ajak awk skali..Saya ajk awk bce quran..saya ajk kjut awk bgun subuh..(calling)saya ajk awk bg2 tazkirah..Mula2 awk trkejut ngn perubahan saya..Awk igt saya dh nk jd alim, nk brenti couple.Saya kate,kite bkn wat salah..bercinta kerana Allah..Kite couple x mcm org len..Org len couple jiwang2 je..ade yg siap wat mksiat lg..pgg2 tgn n so on..Tapi kita couple baik2..Jge batas2 sayaaro'..xnk gune ayat jiwang2 jnji xnk jmpe,tkut brlaku mksiat..Dan awk trima perubahan saya tu..Saya pn byk nasihat awk..Awk pn trima..Walopn kdg2 awk merajuk sbb tguran saya tu awk xdpt nk adapt..tapi saya phm,prubahan mmrlukan mse..Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredhai..Saya salu doa supeya kita akn kekal smpi ke gerbang perkahwinan..Dlm proses prubahan saya,Saya mula sedar Dakwah itu wajib..Kita kne mnyampaikan pd org ttg kbenaran.Kalo x..kita akan dipertanggungjwbkn oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepadaTuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".Pstu saya mulala bg tzkirah pd kwn2..adek2..Tgo diorg ape2 je yg diorg wat silap..Saya xleh thn bile tgk org watslh/dose..Saya msti nk tgo.Selemah2 iman tgo ngn ati, oleh sbb saya nk jd org kuat iman..pe lg..tgo je la direct..huhu~~Pstu satu mse..saya trbace psl couple.."COUPLE HARAM"Saya xcye..tapi bile bce detail2 yg die bg..cm btul lak..huhu~~tapi biase la kan..kalo kite suke satu mnde tu..kite ttap akn cri alsn utk mneguhkn pndpt kita..Saya pn wt tatau psl mnde tu..N truskn je hubungan kite..kite x buat mksiat..Kita x jln2 pgg tgn..X jiwang2..Juz saling ambil berat..Tnye kaba..Borak2..Siap bg tzkirah2 lg..Pe yg haramnye ngn mnde cmni kn?huhu~~Xkesahlah..Mse trus berlalu...Mse ni dh nk dkt Trial SPM..lg 3mggu kot trial..ntah..lupe la..xctat dlm diary..sbb saya xde diari pon..huhu..Dlm mse tu, saya mmg rajin aja2 kwn..Pd mse yg sme bg tzkirah kt diorg..Ade yg respek..ade yg prospek..(pndg slack)Kdg2 bile tgur..saya kne marah balik..mcm2 la ade kate tgur x berhikmah..ade yg kate saya poyo je..Tapi xpe..saya ade tmpt ngadu..huhu~~Suatu masa..ktika sdg mntadabbur Al-Quran sorg diri..saya trtjmpe ayat ni..Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamumelupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berpikir?(Al-Baqarah, ayat 44)Saya pn trfikir.."Slama ni aku dok tgo org je.Tapi aku sndri msih byk kekurangan,Cpt mrh, suka buang mse,ade gk dose2 kcik yg msih dilakukan..cmne yek?"Pstu trjmpe lak ayat ni..Dan janganlah kamu campur adukkan yanghak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)Tetibe saya trfikir satu kritikan kwn.."Ala ko tu..ckp brasap..gaye alim,tapi couple gk..sme je ko ngn kitorg..tgo org konon.."Berfikir sejenak..Sbnanye brcouple ni leh ke x?Adakah slame ni saya hnye mnganggap ia boleh?Dh tu, npe saya rse malu bile mak dan ayah tau saya slalu contact prmpuan?Dan terkadang rasa serbe salah?Mcm2 yg saya fikir..Dipendekkan crita lg skali..saya ke penang utk mngikuti satu seminar dkwh..Saya hrp dgn seminar ni kefahaman saya mngenai dakwah akn lbih mntap..Sblum g sminar tu..saya stil sms2 lg ngn awk..tnye khbr..smpt lg psn2 spye jgn lpe bce quran arini..dlm pikiran saya.."Ni kira dkwh gk ni..saling ingat-mngingati.."******Mjlis malam tu berakhir dgn sesi ta'aruf,kul 10 sume org dh bebas nk wat pape..Lgpn ktorg pnt..xkn nk pnjg2kn program smpi tgh mlm..pihak penganjur pn phm..Ttbe saya trgerak hati utk brkongsi mslh ngn fasilitator yg ade kt situ..Saya rse ni la mse trbaik nk tnye pndpt die psl couple.Tapi saya tragak2.."kalo betulla couple tu salah..abistu,nkwat cmne? Aku kne clash ke?Aaah,watapie pikir cmtu..tnye je la.Kalo xwat salah nk wat ape tkut.."Lalu saya mnghampiri Brother fasilitator tu..Mse tu die tgh belek2 trjemahan quran die sorg2.."Assalamualaikum, bang, saya nk tnye sket bule?""Em,boleh..duduklah. Nta nk tnye ape?""Er..cmni,saya nk tnye sket. Sblom saya trlibat ngn dkwh ni, saya ade la knl sorg kwn ni, prmpuan la. Tapi bkn la stakat kwn biase..rapat gk la. Bkn rapat biase,tapi rapatla..""Bercinta ke?"Saya malu nk ckp yg saya couple. Kgape lk brother tu kate..msti die pndg slack nnt. Saya angguk je la. Pstu saya tnye.."Sbnanye..couple ni boleh ke tak bang?""Akhi, mmg fitrah manusia, lelaki akan trtarik kpd perempuan, bgitu juga perempuan akn trtarik kpd lelaki. Tapi dlm islam, perasaan tu prlu ada batasnya.Pergaulan prlu dijga. Kn Allah firman dlm surah Al-Isra', surah ke 17, dlm ayat yg ke 32:Dan janganlah kamu mendekati zina;sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.""Tapi bang,saya xnmpk pn mnghampiri zina.Niat kami baik. Saya dh cuba sdaya upaya mngawal perhubungan kami. SMS2 pn xde la jiwang2,slalu bg tzkirah. Kami selang2bg, harini saya, esok die. Kn ke baiktu?"Saya xnk mengalah."Mmg betul niat nta baik. Tapi igt,niatxpernah mnghalalkan cara. Yg batil ttap batil, yg haq ttap haq. Cbe tgk ayatni."Smbil brother tu bkk quran die, dan tnjuk kt saya ayat ni:Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu(kehancuran mereka) dari (puing-puing)tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah),sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Ankabut,Surah 29, ayat 38)"Akhi, kalo nta tgk ayat ni, setan telah buat nta pndg indah mnde buruk yg nta lakukan. Walopun nta brpandangan tajam,mksdunye nta berilmu tinggi.Mmgla pd mulanya niat nta baik, tapi igt,setan licik. Dia akn sdaya upaya buatnta trjerumus ke dlm kemaksiatan.."Saya pn ckpla.."Tapi bang, saya dh jnji ngn die xnk jmpe lg. Sbb saya tau kalo brjumpe nnt byk bhyenye. Dan die pn stuju. Kami sme2 mnjge diri. Xkn ia boleh mmbawa kpd zina jugak bang?""Em,btul,nta dh jnji xnk jmpe ngn dielg. Nta dh dpt elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalo nta jnji xnk call die selalu, nta dpt elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..msih ada zina yg ttapi nta xdpt elak bila bercouple..""Zina hati?" Saya mncelah."Betul, zina hati. Semua ni la yg Rasulullah jelaskan dlm hadithnya bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh check dlm Riyadhus Solihin, bwh bab larangan melihat wanita. Rasulullah sabda, mata boleh berzina dgn melihat,lidah boleh berzina dgn kata2, tgn boleh brzina dgn brpgangan. Kaki boleh berzina dgn berjalan ke arah tmpt mksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui,mngingati, mmbayangi si die.Hakikatnye,cmne pn nta wat, nta ttapi xdpt lari drpd zina hati."Saya terdiam..kelu. Xtau nk kata apa2.Sume yg brother tu kate xnmpk pe yg salahnya. Pstu die smbung.."Ana dulu pn couple gk. Lg lme drpd nta.Sjk skolah smpi dh msuk U, dkt nk gred.Tapi bila ana sdar psl ni, ana trus tinggalkan. Ana siap dh pikir, dialah bakal isteri ana, yg akan jd ibu kpd anak2 ana. Kalo nk ikutkan lg besar mslh ana drpd nta.""Saya riso la bang. Nnt pe kwn2 diekata.Dulu saya slalu mntk tolong diorg utk rpt ngn die. Sure nnt diorg sume xpuas hati ngn saya. Dan die sndri lak, saya takut pape akn jd kt die kalo die xdpt trima keputusan ni. Sbb kami dh rapat sgt2"Mse tu saya dh mule sebak dah. Malu tol.Nangis dpn brother tu cte psl mnde ni.Ntah pape. Seb baik xde org len tgk mse tu.Brother tu jwb.."Kalo kwn2 die xpuas hati pn, diorg nk wat apie? Paling truk pn,diorg akn mngata di blakang nta. Nta x kurang sket pn.Lgpn, dalam berdakwah ni, kita nk cari redha Allah, biarlah org nk kata ape2 skali pn, yg pnting redha Allah. KaloAllah xredha, sumenye dh xbrmkne lg."Saya trdiam lg."Psl die plak, cbe nta pikir dr sudut positif, mungkin die akn trima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akn buat keputusan utk tidak lg bercouple.Ana yakin,die xkn buat apa2 perkara bodoh. Kalau die wat skali pn, tu bkn tggungjwb nta, ape yg nta nk wat tu btul, meninggalkan mksiat. Semua org akn tggung balasan atas perbuatannya sndiri."Saya dh xdpt thn lg. Mse tu saya nangis,saya dh sdar gy saya kne berhenti couple. Dhjelas skg, Couple tu haram."Jd cmne nk wat bang?""Ana dlu, hntr 1 sms je kt die. Ana trgkn die hubungan yg dibina tu salah.Mntk maaf, kita berakhir di sini. Tlg jgn cari saya lg. Pstu ana trus tuka no.Die xcontact ana lgsung dh pstu.""Mksudnye, saya xleh cntct die lg ke?Tapi bang, saya ade gk kwn prmpuan lain,leh lk saya cntct diorg?""Dgn die ni lain. Nta dh pernah ade'sejarah' ngn dia. Tapi, kalau nnt ditaqdirkan nta satu universiti ngn dia,satu kuliah, pstu kne lk wt groupdiscussion, mse tu nta hnye lyn die juz sbg group discussion partner."Ttbe saya trfikir.."Die ni nk suro aku clash mlm ni gk ke?Skg gk? Xknla awl sgt?"Saya ckp.."Saya rasa saya lom ade kekuatan labang.Leh x saya tggu smpi saya ade kekuatan br saya tgglkn mnde ni?"Saya bajet nk lari la. Skali die jwb.."Akh, nta kne igt. Kekuatan tu xlehditunggu, tapi ia prlu dibina. Allah xkn ubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mngubah keadaan dirinya sndiri,leh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat11. Lgpn,nta nk tggu smpi bile bru nk tgglkn couple ni..abg2 kt sini pn ramai yg prnh couple, bile msuk dkwh, diorg tgglkn."Alamak...xleh lari lgla nmpknye..saya rase cm brother ni pkse saya clash mse tu gk."Sumenye dh jelas rsenye..Nmpknye saya kne tgglknla mnde ni gk ye. Cm xlrt rse nye nk tkn button tepon ni. Rse xsggup.""Kalo xsanggup meh ana tolong tekankan.""Eh, xpe la bang. Biar saya taip sndri."Tragak2 saya nk taip mse tu.Tapi saya gagahkn gk diri.."Semuanya dh jelas..buat ape aku tgguh2lg. Tkut nnt hidayah ni Allah tarik,sshlak nk tgglkn. Kn aku salu doa supaye dijauhkn dr mksiat..jd rsenye, inilah msenye.."Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.."Assalamualaikum..Sbnarnya slama ni hubungan kita salah disisi islam. Saya igt dgn mengubah cara pergaulan kita, ia dh dibolehkn, tapi sbnarnya ia ttapi berdosa. Saya hrp awk akn istiqamah truskan perubahan yg awk dh buat, krn Allah. Saya mntk maaf ats segala yg dh berlaku. Kalau ada jodoh insayaa-Allah, akn bertemu jua.Assalamualaikum.."Berat tul nk hntr msg tu kt awk. Saya msih xmmpu nk ucap slmt tggl. Sbb tu dlm sms tu saya juz akhirkan dgn ucapan salam.Lps beberapa ketika..saya tkn gk button[send].Pstu tertera kt skrin..[SENDING..][MESSAGE SENT]Mse tu saya rse cm sparuh idup saya dh hilang. Cm xcaye je..saya dh hntr 1sms, dan clash ngn awk.."Terima kasih bang..""Takpe, dh tggungjwb.."Mlm tu saya saya tdo ngn linangan airmata..X sangka..mmg x disangka..Saya mmg xpnh trpikir utk clsh, tap itu la yg terbaik untuk kita sbenarnya..Teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidakmengetahui.*******Masa terus berlalu..Saya trus sibukkan diri ngn keje2 lain..Dlm usaha nk lupekan awk..bkn sng..tapi saya trus cuba.Saya slalu bg tzkirah..igtkn org..Saya bg taklim kt msjid, cte kt org,couple haram, tunjuk sgala dalil..Mcm2 yg berlaku...ade kritikan..ade gk yg stuju..tapi xkesahlah sume tu..Tbe2 1 pg ni..dpt lk msg dr awk..awk bg gmbr bunga..bwh tu ade ayat.."Seindah gubahan pertama.."Saya rse awk stil xleh lupekan saya..Saya pn pk..kne tgskn rsenye..Pstu saya hntrlah sms ni..Dan rasanya itulah yg terakhir.."Tiada yg lebih indah drpd mndapat keredhaan ilahi..seindah mana pun gubahanpertama tu, slagi xmndpt keredhaanNya,ttapi xbrguna..Assalamualaikum..saya tau dlu saya ckp, kalo ade jodoh, insayaa-Allah akn bertemu juga.Tapi saya xnk awk tggu. Lupekan saya.BiarAllah yg menentukan..Lg 1, jgn cari cinta manusia,ia pnuh dgn pnipuan,kekecewaan,dan xkekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakan itulah cinta abadi..Cinta yg diredhai..-Yang Terakhir- "[send][SENDING..][MESSAGE SENT]Saya dh buat keputusan.Saya psti apa yg saya buat ni btul.Saya yakin, Allah akn sediakan yg terbaikuntuk saya.Saya xkn berpatah balik..Xkan..buat selama-lamanya.

credit to http://pu3raudhah.blogspot.com

Allhamdulillah setelah lama mencari, akhirnya jumpa jua dengan artikel ini..hehe..renungkanlah artikel ini, beringatlah kita betapa jauhnya kita menyimpang dari jalan 'siraat al-mustaqim' yakni jalan yang di redhai Allah. Dulu sifat aku pun macam nih jugak, kenalan yang rapat denganku tahu lah aku macam mana..haha..tapi itu sejarah lamaku, sehinggakan aku pernah di labelkan sebagai 'liberalisme'. aku mengaku kadang2 caraku akan menampakkan aku seperti amat liberalisme malah ade juga yang melabelkan aku sebagai ekstreme, malah aku mengaku jua kerana aku memang ekstreme di medan perang kelak, 'Insya-Allah". tahulah anda aku sekarang sedang mencuba untuk mentarbiyah diriku ini, aku sedang cuba untuk emnginsafkan diriku seinsaf2nya, walaupun ku tahu akan ada banyak dugaan dalam menghadapi hal ini, tapi insya-ALLAH akan mampu ku hadapi semua ini.

tahukah anda?

sedikit sebanyak yang dapat ku sampaikan ketika duduk makan waktu berbuka puasa bulan ramadhan tahun ini

makan dengan tiga jari
baca bismillah sebelum makan
Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan,
doa makan mudah sajer: "Bismillah, barkatillah"
jilat jari slepas makan
niat makan kerana perintah ALLAH
kaki tinggi sebelah kanan


Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!" aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

credit to -panglima fuad-

Thursday, June 18, 2009

IR NIZAR, umno dan VIRUS

Virus Perak ancaman baru buat BN
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Wed | Jun 17, 09 | 9:57:30 am MYT

MENTERI Besar Perak Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencatat rekod sebagai Ahli Parlimen pertama' yang digantung menghadiri sidang Dewan Rakyat selama dua hari, hanya lima minit selepas mengangkat sumpah.
Iklan




Dalam kejadian yang berlaku 15 Jun lepas, Nizar, buat pertama kalinya melangkah kaki ke Parlimen sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, diiringi 27 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat, diusir oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau bersama enam Ahli Parlimen diarahkan keluar dewan kerana menegakkan demokrasi dan memperjuangkan hak rakyat Perak untuk mempunyai kerajaan negeri sah dari sisi undang-undang.

Antara yang turut digantung ialah Ahli Parlimen (MP) Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Mohd Hatta Md Ramli (Kuala Krai), Dr Dzulkelfy Ahmad (Kuala Selangor), Nga Kor Ming (Taiping), Ngeh Khoo Ham (Beruas) dan N Gbalakrishnan (Padang Serai).

Kejadian berlaku sebaik Nizar mengangkat sumpah, beliau meminta izin daripada Speaker untuk berkata sesuatu, sebaliknya secara spontan beliau melaungkan slogan 'Hidup Rakyat! Bubar Dun Perak!' berulang-ulang kali di podium berhadapan dengan Speaker.

Tindakan Nizar menyebabkan Speaker tergamam. Barisan Kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak juga terkejut dan terpingga-pingga.

Kelihatan muka Najib kemerah-merahan seperti menahan marah, mungkin juga menahan malu kerana krisis Dun Perak, antaranya diketuai dan diusahakan beliau sendiri.

Slogan yang dilaungkan Nizar selama beberapa minit itu turut disambut oleh wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat dan hadirin yang menjadi pemerhati sidang.

Sidang Parlimen pagi itu menjadi gegak gempita seketika, dengan laungan Menteri Besar yang sah mewakili rakyat, menuntut hak rakyatnya dikembalikan.

"Kita tidak membuat permintaan yang melampau, kita hanya mahu mereka yang bertanggungjawab mencabul demokrasi mengembalikan hak kepada rakyat dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri," kata Nizar kepada penulis di lobi Parlimen.

Beberapa orang Ahli Parlimen diusir keluar bukan kerana mereka turut menyertai laungan slogan Nizar, tetapi kerana mereka memakai headbands dan armbands yang tertera perkataan 'Bubar DUN'.

Beberapa MP BN yang terkejut dengan tindakan Nizar bersorak beberapa kali dengan mendakwa beliau adalah 'virus dari Perak'.

Tidak tahan dengan aksi wakil rakyat yang disifatkan melanggar peraturan dewan, lalu Speaker mengarahkan mereka untuk diam dan membuka headbands dan armbands.

Namun larangan Speaker tidak diendahkan, beberapa orang MP yang baru masuk, turut mengenakan headbands dan armbands.

Speaker mengarahkan mereka keluar kerana menganggap pemakaian headbands dan armbands itu melanggar tata etika berpakaian di Parlimen.

Enam orang MP bertindak keluar kerana enggan membuka headbands dan armbands. Selesai melaungkan slogan, Nizar kembali ke tempat duduknya. Hanya beberapa saat Nizar duduk, kedengaran suara Speaker mengarahkan beliau keluar.

Tanpa bercakap banyak, Nizar pun keluar. Dewan sunyi sepi seketika. Semua mata melirik ke arah Nizar, dengan senyuman Nizar keluar, mematuhi arahan Speaker.

Nampaknya Nizar tidak keseorangan, beberapa orang MP, pemerhati, wartawan dan jurufoto sudah berkerumun menunggu beliau di hadapan pintu masuk MP.

"Kami pun hairan juga sebelum ini beberapa kali kami memakai headbands dan armbands Hapuskan ISA dan lain-lain, tak pula kami diarah keluar," kata seorang MP.

"Agaknya Speaker cuba nak 'jaga air muka' Najib, sebab isu Perak memang angkara Najib," kata seorang Adun Perak yang hadir sama.

Tindakan Speaker yang mengarahkan beberapa orang MP turut dianggap tidak adil dan double-standard. Dalam hal ini, ada kemungkinan Speaker tersilap dalam membuat ruling terhadap mereka.

Ada baiknya Speaker hanya mengarahkan mereka berdiam diri sahaja tanpa menyuruh mereka keluar, daripada membuat pengarahan yang hanya mencetuskan keraguan.

"Saya menanggalkan headbands saya hanya seketika sebelum mengangkat sumpah, selepas itu saya mengenakannya semula," kata Nizar.

Ditanya apakah tindakannya itu dibuat secara terancang, Nizar berkata, "Saya hanya merancang untuk mencari peluang sama ada mengemukakan soalan atau berucap untuk memperkenalkan Adun-Adun Pakatan Rakyat yang hadir.

"Tetapi saya tiba-tiba teringatkan kezaliman BN di Perak, 7 Mei lepas mereka campurtangan sehingga menghuru-harakan sidang, di sini kita melihat sidang Parlimen berlangsung seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku," tegasnya kepada penulis.

Jelas, Nizar tidak keseorangan dalam tindakannya, selain disokong Naib Presiden PAS, Mahfuz, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan MP Ipoh Timur, Lim Kit Siang turut bersama dengan Nizar.

Bagi Anwar dan Kit Siang, sebagai MP yang baru, Nizar tidak harus digantung selama dua hari. Nizar kata mereka, harus diberi peluang untuk 'mengemukakan kesnya' atau memperjelaskan apa yang sebenar berlaku di Dun Perak.

"Saya tidak akan berdiam diri, saya membawa mesej jelas, saya akan mengambil kesempatan (berada di Parlimen) untuk memperjuang hak rakyat," katanya sewaktu kami minum di kantin Parlimen.

"Tiada kompromi dengan 'perogol demokrasi," katanya tegas.

Apa yang berlaku di Parlimen, 15 Jun lepas menunjukkan bahawa kehadiran Nizar merupakan ancaman baru buat Umno-BN di Parlimen.

Sidang dua minggu ini dijangka akan diwarnai dan digegarkan dengan isu pencabulan demokrasi, khususnya yang berlaku di Perak.

Kehadiran Nizar memang dinanti ramai penyokongnya. Bagi penulis, Nizar dihormati dan disanjung ramai kerana beliau seorang yang tegas dan berprinsip. Tiada kepura-puraan dalam menentang Umno-BN dalam menegakkan demokrasi yang tulen.

Ya, Nizar adalah virus buat Umno-BN. Beliau adalah antara virus-virus pengancam yang bakal 'mematikan sel-sel Umno-BN' di persada politik negara._

Thursday, June 11, 2009

misteri di sebalik rosmah mansor



http://www.youtube.com/watch?v=2vP2wDVBtvA

tidak diketahui sejauh mana kebenaran video ini, tetapi fikir-fikirkanlah dahulu dan nilaikanlah sebaiknya.

kepolitikan atau keagamaan?

"blog ko tu ape motif sebenanrnye?"

"blog politik ke blog agama?"

"aku tgok byak agama lak dr politik, hehe"

panglima plak jawab :

"yg mung sibuk pehal?? ikut suke aku la..hahaha"

itulah antara soalan2 yg diajukan knapa aku membina blog cap ayam sebegini,

ISLAM dan politik itu tidak boleh di pisahkan, kerana jika di pisahkan juga maka akan tidak sempurnalah sebahagian dari ISLAM kerana kuasa diperlukan untuk membolehkan ISLAM di tegakkan, itulah antara yang pernah ustaz kampung ku cakap kepadaku yang masih ku pegang hingga ke hri ini kenapa ku memilih untuk berjuang di dalam PAS,

ramai juga yang aku kenal pada mulanya miskin tetapi bila rapat dengan ahli politik, tidak sempat berpeluh terus kaya, itulah hakikat manusia hari ini sanggup buat apa sahaja demi untuk kaya, tetapi itu bukanlah jalanku untuk cepat kaya kerana bagiku ISLAM itu lebih besar dari segala-galanya, rezeki itu kurniaan ALLAH kepada umat manusia, jadi tidak haruslah kita risau mengenai keperluan rezeki kerana apa yang di hidangkan itu sebenarnya sudah mencukupi buat kita, ALLAH telah menjanjikan setiap orang mempunyai rezeki masing-masing tidak kira ISLAM atau sebaliknya.

Monday, June 8, 2009

kisah syiah (amat mengerunkan)

azan syiah




http://www.youtube.com/watch?v=krHFI0kEh-k



solat puak syiah




http://www.youtube.com/watch?v=uhNaCzmLy_o




penjelasan siapa syiah yang sebenar.


part 1





http://www.youtube.com/watch?v=Z5EIGpWwtSU&feature=related


part 2





http://www.youtube.com/watch?v=ru95ejdhYos&feature=related



part 3





http://www.youtube.com/watch?v=zjRsnYAflM8&feature=related

Tuesday, May 12, 2009

Nizar MB Perak sah... TAKBIR...

Nizar MB Perak sah

Oleh muhd faeez

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah

Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan." Iklan



Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.

Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.

Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.

Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.

Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.

Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."

Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.

Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.

Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.

Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.

Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu.

Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'.

Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.

Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: "Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."

Ia bermaksud: �Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."

Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."

Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.

Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.

Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi.

Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?

Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu."

Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.

Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.

Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan

13 wasiat Rasulullah kepada Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu
menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin
dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang
beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai
kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain
separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya
itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya
tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku,
sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan
Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu
berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang
berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di
pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah
tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan
sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau
dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah
diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri
saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri
saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli
rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,
nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah


Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

Saturday, April 11, 2009

mohon maaf.

mohon maaf kepada semua pengunjung kerana blog ini tidak diupdatedkan kerana sambungan internet di tempat saya biasa melayari internet rosak, kemungkinan masalah router.

tapi walau apa pun, berbanyak-banyak maaf dipohon kepada semua, terutama kepada seseorang yang teragak-agak menerima tawaran lumanyan dari saya, tahniah kepada saudari kerana memilih bidang fizik sebagai bidang lanjutan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Saturday, April 4, 2009

Wartawan Mat Saleh Sokong PAS






Wartawan Mat Saleh Sokong PAS - Bukit Gantang

Pada hari penamaan calon di Bukit Gantang, aku terperasan ler ada sepasang wartawan omteh tgh ambik gambar aku... aku pun mendekati die.. aku tanya... kenapa ambik gambar kami semua... kenapa tidak ke sebelah sana.. ambik gambar puak2 BN tu... die kata die sememangnya dah snap gambar sebelah sana tadi.. tapi tak suka puak2 sana.. aku tanya kenapa.. die kata.. sememangnya dia tahu orang sana main politik terlalu kotor.. lebih jahat dari Israel lagi... aku tergaman.. lalu katakan... terima kasih kerana menyokong perjuangan kami.. kami hargai itu.. aku sound kat die berdua.. aku cakap.. harap anda berdua enjoy dalam perarakan penamaan calon nih... saksikanlah kemeriahan penyokong PAS ini... ada sesuatu yg tersirat.. mungkin die mampu rungkaikan.. ko tau die cakap apa... perpaduan yang ada di kalangan penyokong PR sekarang tiada di sebelah sana.. dan katanya lagi.. semoga kalian mendapatkan kemenangan bagi menghancurkan BN.. sekali lagi aku tergamam... then kami buat hal masing2.. sempat aku snap pic diaorang...

kejutan..

KUALA LUMPUR, 3 APRIL (SK) - PENGARAH Strategi keADIlan, Saifuddin Nasution berkata satu kejutan besar akan berlaku esok yang bakal menyaksikan impak besar kepada tiga pilihanraya kecil di Dun Bukit Selambau, parlimen Bukit Gantang dan Dun Batang Ai.

Bercakap dalam satu sidang media di Bilik Gerakan AMK,Sungai Lalang, Bukit Selambau tengahari tadi, beliau berkata perkara itu akan hanya diumumkan pada program ceramah esok yang akan dihadiri ketua umum KeADIlan, Anwar Ibrahim di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang pada jam 9 malam.

“Anda (pemberita) boleh tidak hadir dari hari penamaan calon sehingga habis pilihanraya, tetapi jika anda ketinggalan pada program esok, anda pasti akan dimarahi oleh bos-bos anda,” katanya kepada pemberita.

Kenyataan Saifuddin itu menimbulkan tandatanya samada terdapat di kalangan pimpinan Umno atau BN yang bakal menyertai keadilan menjelang tiga pilihanraya kecil tersebut.

Ditanya lebih lanjut, Saifuddin enggan mendedahkan perkara itu dan hanya berkata ‘tunggu sehingga esok’.

Namun beliau tidak menolak kejutan yang dikatakannya merupakan satu reaksi awal, secara langsung atau tidak yang diterima pakatan rakyat sejurus selepas perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.

“Yang pasti kejutan ini akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan memberi impak yang besar kepada pilihanraya kecil ini,” katanya.


http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-semasa/2009/04/3965

Thursday, March 26, 2009

apabila UMNO hampir MAMPUS!

'Umno silap bebaskan Anwar'

Jimadie Shah Othman | Mar 25, 09 6:51pm - Malaysiakini

Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat - termasuk tokoh utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim - menjadi sasaran lepas geram pembahas dalam persidangan Pemuda Umno hari ini.

Pembahas dari Pulau Pinang, Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Umno melakukan kesilapan "kerana membebaskan Anwar" dari penjara.

"Anwar ini boleh janjikan bulan dan bintang... Cukuplah sandiwara Anwar Ibrahim ini.

"Kesilapan kita kerana membebaskan Anwar Ibrahim, inilah akibat yang kita tanggung hari ini," katanya ketika membahaskan usul, menyentuh isu-isu ketuanan Melayu dan Pakatan Rakyat.

Tambahnya, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berusaha bersungguh-sungguh menumbangkan Anwar dalam pilihanraya kecil Ogos lalu tetapi belum berjaya.

Exco Pemuda, Abdullah Md Yusof pula berkata, sejarah sesebuah parti berpunca daripada pengkhianat dalam parti itu sendiri.

Menyifatkan Anwar dahulu sebagai "budak Umno", Abdullah menambah, Umno perlu mensasarkan ketua umum PKR itu sebagai "musuh pertama yang perlu dihadapi".

Akhirnya UMNO mengaku mengusai Mahkamah............

Pembahas dari Pulau Pinang, Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Umno melakukan kesilapan "kerana membebaskan Anwar" dari penjara.

"Kesilapan kita kerana membebaskan Anwar Ibrahim, inilah akibat yang kita tanggung hari ini," katanya ketika membahaskan usul, menyentuh isu-isu ketuanan Melayu dan Pakatan Rakyat.

Dasar tidak sedarkan dirilah puak-puak UMNO ni, dah hampir tersungkur rebah menyembah bumi ALLAH masih lagi nak angkuh dan menjulang keris! Apakah puak-puak UMNO gila kuasa ni sedang merancang sesuatu untuk membunuh terus demokrasi di Malaysia yang semakin parah dek kerana tikaman demi tikaman keris yang menghunus dan mengugut rakyat supaya menyokong mereka dalam 3 PRK kali ini dengan permulaan langkah yang teramat kejam dengan menggantung permit akhbar pakatan rakyat.

Langkah demi langkah yang diyakini akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO sudah pastinya akan menikam UMNO itu sendiri dengan menuduh DSAI sebagai petualang yang mahu menjual melayu dan menuduh PAS sebagai kuda tunggangan DAP. Apakah UMNO sudah lupa bahawa jika DSAI tidak menyertai UMNO suatu ketika dahulu maka UMNO sudah hilang hari ini?

DSAI sebagai seorang pejuang sejati dipercayai bukan mudah baginya menyerah kalah sebegitu sahaja, jangan puak UMNO lupa Orang Tua Kutuk telah memperlakukan DSAI seperti patung mainan yahudi yang boleh di perlakukan apa sahaja, asalkan kuasa tetap di tangan dengan membogelkan DSAI serta mengaibkan beliau selama 6tahun di dalam sel penjara dengan tuduhan palsu, dan ingatlah puak UMNO, memang beginilah dugaan ALLAH S.W.T kepada kami sebagai pejuang ISLAM yang sejati dan semestinya pejuang ISLAM yang syahid ketika berjuang seperti as-syahid ustaz Ibrahim libya serta ribuan lagi para pejuang hamas yang meninggal dunia fana ini dengan keperitan perjuangan dijanjikan syurga sebagai balasan kegigihan perjuangan menegakkan agama ALLAH di muka bumi ini, insyaALLAH kemenangan akan berpihak kepada pihak ISLAM dan yang menyokong serta bersekongkol dengan ISLAM itu sendiri agar mudah-mudahan mereka menerima ISLAM dengan rela hati.

Tuesday, March 24, 2009

Malaysia Menuju Kehancuran Demokrasi

Mengharamkan akhbar Suara Keadilan (akhbar Parti Keadilan Rakyat) serta Harakah (Akhbar PAS), sudah cukup membuktikan bahawa tekaan para pengamal politik masa kini mengenai bakal berlakunya pembunuhan demokrasi terhadap rakyat Malaysia semestinya tepat! belum sempat lagi memegang jawatan Perdana Menteri yang baru tetapi telah menunjukkan 'kuku besi' kezalimannya terhadap sistem demokrasi di Malaysia.

Itulah antara usaha-usaha yang dilakukan oleh bakal PM kita yang seterusnya untuk terus mengekalkan kuasanya sebagai parti pemerintah walaupun telah ditolak oleh rakyat yang menginginkan perubahan bersama Pakatan Rakyat. Menjelang PRK 2Bukit 1 batang inilah Najib semakin menunjukkan bahawa betapa beliau mengilai kuasa untuk memiliki tampuk pemerintahan negara, tidak mustahil sekiranya Najib akan bertindak meng'ISA' kan pula para bloggers selepas ini.!

IR Haji Nizar Calon PAS Bukit Gantang

Nizar calon PAS di Bukit Gantang
Harakahdaily
Mon | Mar 23, 09 | 11:07:13 pm MYT

TAIPING, 23 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak Ir Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang 7 April depan.

Pengumuman itu dibuat di Padang Kota, Taiping sebentar tadi di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).

Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia awal bulan lalu. - azm _

Suara Rakyat 'DiGantung'

Harakah digantung tiga bulan
Harakahdaily
Mon | Mar 23, 09 | 6:55:54 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini.

Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik. - azm

(Berita lanjut menyusul)_

Monday, March 16, 2009

rezeki melimpah ruah buat saudari Nik Nur Madihah

Pelajar cemerlang SPM 2008 dapat rumah bernilai RM130,000
Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir
Sun | Mar 15, 09 | 11:39:36 am MYT

PENGKALAN CHEPA, 15 Mac (Hrkh) - Kejayaan pelajar cemerlang negara SPM 2008, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 dari Maahad Muhammadi Perempuan turut dikongsi bersama kerajaan negeri.

Iklan

Beliau mendapat 20A (19A1, 1A2) dan menjadi kebangsaan kepada kerajaan negeri serta rakyat Kelantan.

Kejayaan itu merupakan rekod kedua di alaf baru apabila pelajar sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan muncul sebagai pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan.

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Hari ini anak nelayan dari Kampung Sabak dikunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, petang Khamis lalu telah dikunjungi anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar.Image

Sebagai menghargai kejayaan tersebut Menteri Besar menawarkan satu lot dan rumah kepada keluarga nelayan tersebut bagi membolehkannya tinggal dalam keadaan lebih selesa.

Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 juga dari Maahad Muhammadi Perempuan turut memperolehi keputusan cemerlang 17A.

Apa yang menggembirakan lot dan rumah bernilai RM130,000 sumbangan kerajaan negeri kepada keluarga cemerlang itu akan dibina Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Taman Perumahan Kurnia Jaya.

Menteri Besar ditemani Setiausaha Sulit Khasnya, Mohd Rusdi Abdullah mengunjungi rumah pelajar terbabit di Kampung Parang Punting, dekat Sabak.

Pada kunjungan tersebut Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada keluarga terbabit.

Bercakap kepada pemberita selepas itu Menteri Besar mengalu-alukan pihak luar yang berhajat untuk membantu keluarga terbabit khususnya Nik Nur Madihah.

Image "Tak kiralah siapapun berhajat untuk memberi bantuan, bantulah," ujarnya.

Beliau turut mencadangkan pelajar cemerlang berkenaan melanjut pengajian ke Timur Tengah bagi membolehkan menguasai bahasa Arab dengan mudah dan cepat.

Sementara itu, ibu Nik Nur Madihah, Noraini Omar, 42 mengucap terima kasih kepada kerajaan negeri yang bersedia menawarkan lot dan rumah baru kepada mereka.

Katanya, walaupun anak sulung itu pernah berazam untuk membeli rumah bagi keperluan keluarga apabila bekerja nanti, namun Allah telah mengurniakannya lebih awal hasil kecemerlangannya.

"Terima kasih banyak-banyak, saya tak tahu apa nak diucapkan lagi, ini pun dah banyak sumbangan yang diberikan," ujarnya. - mj _


Tahniah buat saudari Madihah,
cun jugak awek ni..heheehe


Sunday, March 1, 2009

Remaja Islam Dan Masa Depan

Tatkala sedang menikmati kehidupan di zaman remaja ini, terlintas di hati dengan berbagai-bagai cubaan yang ingin melemahkan pegangan iman pelbagai godaan syaitan ingin mengajak umat MUHAMMAD S.A.W menuju jalan kesesatan dan godaan itu telah sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi kebanyakan remaja ISLAM negara ini yang masih bersekolah mahupun yang telah melepasi alam persekolahan.

Ramai remaja yang merempit, menghisap rokok, dadah, mengambil pil-pil khayal, sebagaimana firman ALLAH S.W.T dalam AL-QURAN "
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan."
Disini dapat kita lihat kebanyakan perokok tegar mula menghisap rokok pada usia remaja sekitar lingkungan 13tahun dan ke atas. Dan tanpa mereka sedari juga bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang haram disisi ALLAH S.W.T. Na'uzubillah.

Tidak kurang pula dengan keadaan anak gadis remaja masa kini yang sanggup mengadaikan maruah demi cinta buta pada seorang lelaki dayus yang mengatakan sebagai tanda cinta sejati, kemajuan dan pembangunan yang pesatlah yang menjadikan anak gadis pada masa kini sebagai ahli neraka, na'uzubillah. Dengan adanya tercipta pelbagai kemudahan teknologi dan pusat penjualan kondom di merata tempat telah memudahkan golongan remaja yang baru hendak mengenal dunia tergadai maruah mereka sewenang-wenangnya oleh lelaki dayus.

Rasulullah S.A.W juga telah menyatakan bahawa di akhir zaman akan berlaku banyak maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh umat ISLAM itu sendiri, jadi dimana silapnya? Disinilah pihak yang mempunyai kuasa penuh perlu memainkan peranannya dan menggunakan kuasanya untuk membendung tindakan liar remaja ISLAM. ini adalah satu contoh kejayaan yahudi laknatullah dalam usaha untuk menjatuhkan ISLAM, langkah pertamanya merosakkan akidah umat ISLAM dengan pelbagai bentuk kemmungkaran dan hiburan yang berleluasa, dan kemudiannya menyeru kepada penubuhan kerajaan sekular yang jauh menyimpang dari ajaran ISLAM yang sebenar.

Disinilah kita harus sedar betapa besarnya tanggungjawab kita kepada anak-anak yang seagama dengan kita tanpa mengira apapun bangsa mereka, melayu atau cina atau india atau kadazan atau bidayuh atau yahudi sekalipun, apa yang penting ialah menekankan pengetahuan mengenai ilmu ISLAM yang sebenar berlandaskan AL-QURAN dan AS-SUNNAH RASULULLAH S.A.W. Disini dapat kita lihat betapa pentingnya PARTI ISLAM memerintah negara bagi tujuan mendaulahkan ISLAM dan seterusnya menyelamatkan ribuan anak muda ISLAM yang telah jauh menuju jalan kelam.

Tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi bukan sahaja mendidik anak-anak serta isteri sendiri sahaja tentang ISLAM tetapi wajib juga umat ISLAM itu mendaulahkan ISLAM di negaranya sendiri, disini dapat kita lihat betapa pentingnya kita mengundi PARTI ISLAM tidak kira dimana sekalipun negara yang kita diami, tapi adalah wajib kita melaksanakan tanggungjawab kita kepada ALLAH S.W.T dan tanggungjawab kita kepada amanah yang di tinggalkan oleh RASULULLAH S.A.W kepada generasi selepasnya.

Berubahlah demi menyelamatkan generasi umat ISLAM selepas kita kerana agenda yahudi laknatullah itu bukan untuk generasi pada hari ini sahaja tetapi untuk generasi mendatang sehingga ISLAM terhapus barulah mereka akan berhenti menyebarkan dakyah-dakyah yang menyesatkan umat ISLAM. Tiada siapa yang mampu mengubah pendirian hati kita, hanya diri sendiri sahaja yang mampu melakukannya, bukakan hati kita lembutkan dan dekatkan dengan ALLAH S.W.T selalu agar dilindungi dan dirahmati sentiasa. Bersamalah gagasan perjuangan ISLAM dalam merealisasikan impian sebuah NEGARA ISLAM yang syumul.

Saturday, February 28, 2009

kaum wanita sebagai penghuni majoriti

sabda Rasulullah S.A.W :

"Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita ."
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari. )


(Dari sabda Rasulullah s.a.w.)

wanita ahli neraka ialah :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya, kerana menampakkan rambut pada lelaki yang diharamkan.

2. Wanita digantung dengan kaki terikat pada teteknya terus ke ubun-ubunnya dengan ular dan kala memakan daging serta meghisap darahnya kerana tidak bersuci (atau tidak sah bersuci) dari hadas besar serta meringan-ringankan sembahyang.

3. Wanita digantung dengan teteknya kerana memberi susunya kepada orang lain tanpa izin suaminya.

4. Wanita digantung dengan kakinya dalam rongkongan api neraka kerana keluar rumah dengan tiada izin suaminya.

5. Wanita digantung dengan lidahnya serta dituang dengan air panas ke dalam tengkuknya kerana menyakiti suaminya.

6. Wanita menjadi seperti tubuh keldai, berkepala babi kerana suka mengadu ngadu serta berdusta.

7. Wanita berbadan anjing kerana suka melaga-lagakan manusia serta dengki mendengki.


Friday, February 27, 2009

Sejarah Umno khianat Raja-raja Melayu tidak boleh dipadamkan - MB Kedah

ALOR SETAR, 27 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno kini cuba menjadi jaguh kononnya mempertahankan Raja-raja Melayu dan cuba menggambarkan PAS sebagai menentang sedangkan Umno mempunyai sejarah pengkhianatan mereka kepada Raja-raja Melayu.



Terbaru, dalam laporan Buletin Utama TV3 pada 25 Februari lalu, Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat mengumumkan untuk membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah dengan tuduhan menghina Tuanku Sultan Kedah berdasarkan satu surat layang.

Sehubungan itu, Ustaz Azizan selaku Pesuruhjaya PAS Kedah mencabar Pemuda Umno berkenaan untuk mengemukakan bukti dan sekiranya gagal mereka akan berhadapan dengan saman yang akan dikemukakan.

"Mereka cuba nak jadi 'hero' dan 'champion', nak buat laporan polis nak heret Exco-exco kita. Kalau perkara ini tidak betul, kita akan saman TV3 dan saman Pemuda Umno.

"Ini bukan sahaja tohmahan yang cuba melaga-lagakan kita dengan Raja-raja Melayu atau Tuanku Sultan Kedah yang kita kasihi, tetapi cuba memberikan imej yang buruk kepada PAS dalam konteks politik dan perjuangan bangsa dan negara. Mereka jangan main-main!" tegasnya semasa berceramah merasmikan Ekspo Pertanian Dan Produk Halal anjuran PAS Kawasan Pokok Sena di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena, di sini baru-baru ini.

Sebaliknya tegas beliau, Exco yang berkenaan akan diberhentikan sekiranya terbukti menghina Raja-raja.

ImageMenurut Ustaz Azizan, usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah lama dilakukan termasuk menggunakan nama istana seperti juga krisis yang dicipta di Perak dengan menggambarkan PAS sebagai jahat dan menentang Raja-raja.

Bagaimanapun katanya, sebagaimana 31 Ogos 1957 adalah Hari Kemerdekaan Negara yang tidak boleh dipadam sejarah, begitu jugalah sejarah pengkhianatan Umno kepada Raja-raja Melayu juga tidak boleh dipadamkan sejarah.

Menyentuh mengenai Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, tegas beliau, Pakatan Rakyat Kedah tidak bimbang bahkan bersedia menghadapi 'Pilihan Raya Besar' iaitu pilihan raya seluruh negeri Kedah.

Beliau secara sinis turut mempersoalkan sumber kewangan Umno hingga sanggup menawarkan wang berjumlah RM5 juta untuk mempengaruhi Adun Kulim, Lim Soo Nee melompat parti sebagaimana didakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam Parlimen baru-baru ini.

"Awat (Apa) Umno ni kaya mana? Umno ni kaya sangat ka? Kalau tak ambil duit rakyat, tak ambil duit anak syarikat kerajaan, tak ambil hutang balak, nak cari duit mana? Tapi mereka telah menyalahgunakan kuasa.

"Hal inilah yang rakyat tak mau kepada mereka. Maka mereka cuba membuat pelbagai fitnah untuk menghilangkan keyakinan rakyat kepada kita," tegasnya yang turut mengaku telah mempunyai banyak butiran penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini selain penyiasatan-penyiasatan lain juga masih dijalankan.

Menurut beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat berusaha membuktikan bahawa telah mentadbir secara lebih baik daripada Barisan Nasional. "Kita cuba memberi keyakinan kepada rakyat bahawa zaman takut, zaman menindas, zaman ugutan, zaman mematikan dasar demokrasi dan perlembagaan negara, telah berlalu," ujarnya.

Katanya, Kerajaan Negeri juga mempunyai hubungan yang baik dengan Tuanku Sultan Kedah dan menyifatkan baginda sebagai Sultan yang sentiasa bersama dan mengutamakan rakyat.

Jelas Ustaz Azizan lagi, beliau sebagai Menteri Besar juga setiap minggu mengadakan pertemuan dengan Tuanku Sultan Kedah melaporkan perkembangan semasa negeri.

"Tuanku tahu apa yang kita buat dan sering memberi nasihat kepada kita. Bagaimana mungkin kita derhaka kepada Raja? Tetapi mereka (Umno) cuba melaga-lagakan kita dengan Raja. Sebab itu saya tidak berapa seronok bila ada pihak-pihak yang nak heret Istana nak bergaduh dengan kita dalam hal ini.

"Insya-Allah saya sudah arah Exco yang dituduh ini berjumpa saya dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Saya (akan) memanggil orang yang buat cakap fitnah yang kata kita menghina Raja-raja, kita akan bersemuka dan selesaikan dengan cepat," tegas beliau sambil mengungkap dalil al-Quran mengenai azab api neraka terhadap mereka yang mengadakan fitnah.

Beliau turut menyeru agar pihak-pihak tersebut agar segera bertaubat dan menghentikan cakap-cakap bohong.

Turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Saifuddin Nasution. - azm/mks._

Monday, February 23, 2009

Kisah Tamin Ad mengenai Dajjal

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.

Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.

Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:

“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:

“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu a’lam