Tuesday, March 24, 2009

Suara Rakyat 'DiGantung'

Harakah digantung tiga bulan
Harakahdaily
Mon | Mar 23, 09 | 6:55:54 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini.

Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik. - azm

(Berita lanjut menyusul)_

2 comments:

Cerita Kita said...

Itu adalah usaha bacul serta pengecut Umno-BN.

Umno-BN takut kelemahan dan keburukan diketahui oleh rakyat Malaysia terutama orang Melayu. Dengan cara itu Melayu Umno-BN akan terus membohongi, menipu dan memperbodohkan orang Melayu Malaysia.

Sedarlah!!! Selagi Umno-BN terus bertindak bacul seperti itu, selagi itu rakyat akan membenci Umno-BN!!!

anDi said...

mari2..print harakahdaily sebanyak mungkin. dan gantungkan ia di merata2 seluruh negeri.

biar sume org bleh bc free