Wednesday, September 8, 2010

sungguh besar dunia itu

di sebut di dalam suatu cerita berkatanya tok guru imam ghazali, apabila manusia itu bersembahyang lalu bertakbir Allahuakhbar (Allah Maha Besar), maka sahutlah malaikat di sekelilingnya lalu menjawab "pendusta kamu wahai manusia, sesungguhnya dunia lagi besar bagi kamu". nauzubillah

Friday, May 21, 2010

kahwin..

Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud ra.:
Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kawinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah. Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu...

Di halalkan perkahwinan itu kerana ALLAH serta nabi menyukainya kerana seseorang itu wajib berkahwin jika sudah mempunyai kemampuan dan kesanggupan serta memenuhi syarat untuk berkahwin. Nafsu dan kehendak batin memuncak dan mendesak serta ditakuti terjerumus ke lembah perzinaan. Penzinaan boleh membawa kepada dosa dan memudharatkan kehidupan manusia. Perbuatan zina merupakan dosa besar dan diwajibkan hukuman sebat atau rejam sampai mati.

Manakala di haramkan zina itu pula kerana

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Q/S 17:37)

sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
- yang membawa maksud tidak menjaga peradaban serta akan merosakkan nasab keturunan. itulah yang hendak di elakkan kerana yang rosak itu akan membawa kepada kemudaratan ke atas muka bumi.

Haram melansungkan perkahwinan pula adalah kerana Apabila tidak mampu memenuhi tuntutan zahir dan batin isterinya walaupun mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkahwin. Diharamkan juga apabila berlaku penipuan dalam memperkenalkan diri kepada calon suami atau calon isteri sama ada penipuan dari segi keturunan, harta, rupa paras, perkerjaan dan sebagainya. Menipu untuk memikat hati seseorang perempuan sedangkan dia bukan seperti yang dinyatakan.

Begitu juga apabila seseorang perempuan mengetahui dirinya tidak mampu untuk memenuhi hak suaminya dari segi zahir dan batin, umpamanya terdapat penyakit pada kemaluannya, berpenyakit kusta, sakit jiwa dan sebagainya, tetapi tidak memberitahu calon suaminya kerana takut hubungan yang bakal terbina tidak kesampaian. Memberitahu kelemahan serta kekurangan diri adalah wajib.

Itulah huraian ringkas berkaitan hukum berkahwin. Jika anda sudah bersedia, cepat-cepatlah kahwin. Sebab apa? sebab perkahwinan adalah jalan paling selamat bagi seseorang bagi menghalalkan persetubuhan dan juga bertujuan untuk mengelakkan diri daripada gejala maksiat dan dosa. Zina itu tidak dihalalkan sama sekali walau dalam keadaan apa sekalipun.