Tuesday, January 8, 2013

Sahabat Perjuangan

assalamualaikum,

lama ku pergi meninggalkan dunia blog, namun tak pernah hatiku meninggalkan dunia perjuangan ku selama ini. hehe....InsyaAllah!!!

3 tahun aku menghilang, 3 tahun jugak aku mencari-cari rakan yang seperjuangan denganku, namun ramai dikalang rakanku yang ku temui mengaku mahu berjihad, mahu syahid di jalan yang di redhai olehNya, namun takut untuk terlibat dengan perjuangan politik sedangkan sejak muda lagi para tuan-tuan guru di Malaysia ini menerangkan bahawa kepentingan berjuangan dalam wadah politik, tegakkan ISLAM melalui sistem demokrasi, keluar mengundi, menentang kerajaan yang zalim, tegakkan hukum hudud, qisas, namun apa yang kalian lakukan? "oh I tak minat politik". jadi di mana janji kalian mahu berjuang di jalan ALLAH?? atau hanya sekadar cybertrooper facebook??


3 tahun, ramai yang aku temui, ada yang berkopiah 24jam atas kepala, bertudung labuh, purdah pun ada, namun bila di ajak menuntut hak kebebasan demokrasi. apa kalian lakukan? dalam facebook, kedai kopi bukan main lagi bercakap besar, konon mahu ke palestin syiria, tapi bila di ajak ke Himpunan Kebangkitan Rakyat seribu satu alasan yang muncul. mana semangat jihad korang? kalau nak pergi menuntut hak demokrasi puntak berani tak usah cakap besarlah mahu syahid!!!!

ayuhlah sahabatku, tuntutlah hak kita, kita berhak mendapat kebebasan demokrasi yang kian lama kian di tekan, kian lama kian kuku besi makin tajam, kian lama kian di tindas. sampai bila harus kita hidup ditindas sebegini? hak kita semakin banyak dinafikan.

Boh sapa nak g jihad di palestin atau syiria? Try test lu 12hb ni. Kalu sabtu ni takut nk turun segala keresahan duk ada dalam jiwa, balik awal mung. Anok muda ayuh bersama abang k sabtu ni. Bukan hari2 berimpung gini. Panjang umur leh criter ke anak cucu. ---------->fb jkkk fan club

#KL112